Pisau dapur adalah salah satu peralatan dapur yang sangat penting. Fungsinya adalah untuk memotong sayur, buah, daging dan bahan makanan lainnya. Proses memasak akan menjadi mudah dengan pemilihan pisau dapur yang tepat. Lagi tajam, lagi mudah kerja memasak kita.
Tidak cukup dengan membeli pisau dapur yang berkualiti baik sahaja, anda juga perlu tahu bagaimana nak menjaga pisau dapur agar tahan lama dan tidak cepat tumpul.
Bagaimana caranya?
1. Pilih Bahan yang Tepat
Pilih pisau yang berbahankan anti karat. Pilihan pisau stainless steel adalah sangat baik kerana ia tidak mudah berkarat. Malah, anda juga boleh memilih pisau dapur daripada bahan keramik. Kelebihan pisau dengan bahan ini adalah anda tidak akan susah payah untuk mengasahnya.
2. Penggunaan Sesuai dengan Fungsinya
Pastikan anda tahu fungsi pisau dapur yang anda miliki kerana menggunakan pisau mengikut fungsinya akan membuatkan pisau tahan lebih lama. Pisau memiliki berbagai jenis, misalnya ada pisau buah, roti, dan pisau potong. Jadi, gunakan pisau yang sesuai.
3. Jangan Lupa untuk Mengasah 
Pisau perlu selalu diasah untuk menjaga ketajamannya. Ingat, pisau untuk memotong daging kena lebih selalu diasah dibandingkan dengan pisau buah atau sayur.
4. Bersihkan dengan Teratur
Segera cuci pisau dengan sabun setelah habis menggunakannya. Lap sehingga kering sebelum disimpan. Jangan menyimpan pisau dalam keadaan kotor kerana keadaan itu akan menyebabkan karat pada pisau dapur anda.
5. Simpan Pisau di Tempat Kering
Setelah dicuci dengan bersih dan dilap hingga kering, simpan pisau di tempat yang kering dan bersih. Hindari menyimpan pisau di tempat yang lembap kerana ini menyebabkan pisau mudah karat. Jangan letak pisau di merata-rata tempat kerana ia akan membahayakan keselamatan anak-anak anda.
Sumber: mingguanwanita.my & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen