Sesudah tamat pengajian, tentunya kita akan ghairah dalam memburu pekerjaan idaman. Dari mula datang temuduga hingga ke hari pertama bekerja, semuanya direncanakan sebagai satu momen berharga.

Dan apabila sudah terlalu selesa dengan semua yang ada, mulalah bermacam-macam penyakit datang menjadi virus kepada produktiviti kerja yang ada.

Disiplin

Cuba ingat kembali kala hari pertama anda memulakan tugasan. Berdisiplin dan teratur bukan?  Jadi mengapa semakin lama bekerja semakin teruk disiplin? Ingat walau seselesa manapun kedudukan anda, selagi namanya makan gaji selagi itulah anda perlu mengawal tingkah laku dan disiplin agar tidak menjadi masalah akhirnya.

Malas

Virus ini merupakan penyakit berbahaya yang paling mudah mendekati semua orang. Antara simptom utamanya adalah datang lewat pulang awal, curi-curi tidur, mula mengelak menjadi ketua bagi setiap tugasan berkumpulan dan lain-lain. Bila simptom ini mula wujud, maknanya penyakit malas ini sudah mula menguasai diri. Ambil setiap tugasan yang diberi sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Dengan ini pasti virus malas mampu di atasi.

Pecah amanah

Tanggungjawab yang diberikan harus disempurnakan dengan amanah. Jangan sesekali menyalahgunakan tanggungjawab yang diberi kerana ini akan menjejaskan nama baik dan membawa kepada hal yang lebih besar seperti disaman atau dipenjarakan.

Buli

Hal yang biasa berlaku apabila ada senior di dalam syarikat cuba menunjuk kuasa pada staf baru memulakan kerja. Sebagai senior, anda sepatutnya memberikan tunjuk ajar agar memudahkan operasi kerja seharian di pejabat. Mengarah tapi biar kena dengan caranya agar arahan yang diberi boleh diterima baik pekerja baru yang berada di bawah anda.

Laman Sosial

Produktiviti kerja akan terkesan apabila anda gemar menghabiskan masa di pejabat dengan melawati laman sosial seperti Facebook, Twitter atau blog. Masa yang ada sepatutnya digunakan untuk membuat kerja dengan penuh teliti. Lawat sosial media ketika masa rehat atau selepas waktu kerja. Elakkan daripada mencampur aduk kualiti masa kerja anda dengan aktiviti di laman sosial.

Gosip

Baik perempuan mahupun lelaki, semuanya kaki gosip! Pantang ada hal sensasi mulalah jadi bualan mulut ke mulut. Jangan menjadi penyampi berita tidak rasmi pejabat. Usah menambah atau menjadi penyampai kepada orang lain tentang apa-apa khabar angin yang bertebaran. Elakka juga daripada menjadi batu api dan melagakan satu pihak dengan pihak yang lain. Jangan satu hari nanti ia memakan diri sendiri pulak.

Gangguan Seksual

Menurut kajian kesan daripada stres keterlaluan di tempat kerja boleh menjadikan seorang lelaki menggunakan orientasi seks sebagai objek pelepas tekanan. Sebagai lelaki anda perlu bijak mengawal emosi dan nafsu yang ada. Letakkan batas ketika bergurau atau berbincang isu berhubung seksual dengan wanita kerana takut ada yang tidak selesa dengan cara anda nanti.

PMS

Hal angin satu badan ini terjadi apabila anda tidak bijak mengawal kemarahan sehinggakan hal yang kecil diperbesarkan. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jika anda seorang bos, kawal kemarahan pada anak buah agar tidak ada yang dingin dengan sikap anda. Jika anda seorang pekerja biasa anggap positif, jangan sampai kemarahan disimpan menjadi dendam.

 

Sumber: eh.com.my & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen