Macam mana nak buat jika ada jerawat di belakang badan? Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana ada cara mudah dan murah. Anda boleh membuat masker badan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi sahaja. Dan yang penting, amalkan gaya hidup yang sihat bagi membasmi jerawat yang timbul disebabkan oleh perubahan hormon.

Antara salah satu cara yang paling mudah dilakukan adalah dengan menggunakan putih telur daripada ayam kampung dan timun segar. Ramuannya mudah didapati di dalam rumah. Jom ikut cara dibawah:

  1. Pukul putih telur sehingga berbuih dan ringan
  2. Kisarkan timun sehingga halus
  3. Campur kedua-dua bahan dan kacau rata
  4. Sapu rata campuran tadi pada bahagian belakang badan selepas mandi dan sabun dengan menggunakan sabun anti-bakteria
  5. Biarkan masker kering selama 30 minit
  6. Bersihkan sisa masker dengan tuala yang direndam dengan air suam
  7. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu sehingga mendapat hasil yang dikehendaki

Penggunaan masker dari putih telur dan timun tidak akan berhasil andai anda sendiri gagal menerapkan gaya hidup yang sihat dan bersih.

  1. Pastikan anda kerap mandi bagi menghilangkan kesan peluh dan kotoran pada badan
  2. Gunakan sabun anti-bakteria yang sesuai dengan kulit anda
  3. Pastikan anda menukar pakaian dalam dengan kerap minimum sehari sekali agar tubuh bebas daripada kesan peluh , kotoran dan bakteria
  4. Pastikan juga baju kerap ditukar jika anda seorang yang kerap berpeluh
  5. Pilihlah pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sejuk dan menyerap peluh dengan baik
  6. Apabila mencuci rambut, halakan rambut ke depan terutamanya ketika membersihkan sisa symapu pada rambut. Bahan kimia yang terdapat pada saympu boleh memburukkan lagi masalah jerawat di belakang badan
  7. Jika jerawat telah kering dan bersih, anda boleh mengamalkan skrub di belakang badan atau pengelupasan kulit bagi mengikis dan membuang sel-sel kulit mati yang berkemungkinan masih ada pada belakang badan dan punggung
  8. Guna perapi rambut selepas bersyampu dengan melakukan cara yang sama seperti bersyampu

Sumber: keluarga.my & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen