Walaupun proses penuaan adalah proses yang normal dan semulajadi, ramai yang tampak lebih berusia daripada umur sebenarnya disebabkan oleh gaya hidup dan habit yang tidak menyihatkan.

Ini semua berlaku kerana pemilihan makanan kita yang salah. Selalu bersenam, tidak meroko, tidur awal, minum air yang cukup, makan makanan yang sihat dan seimbang memainkan peranan yang sangat penting. Jika main makan sahaja, bukan sahaja berat badan bertambah malah rupa pun nampak lebih tua.

Jom tengok jenis makanan yang perlu dikurangkan supaya penampilan akan nampak lebih berseri dan kulit akan nampak cantik 10 tahun lebih muda.

1. GULA 

Gula memberikan kesan buruk kepada kolagen kulit apabila mengambil gula secara berlebihan. Kolagen ini penting bagi memastikan kulit sentiasa tampak muda dan anjal. Gula akan menyebabkan kerosakkan gigi dan mengubah warnya menjadi kekuningan. Gula juga mampu merosakkan hipokampus iaitu bahagian utama dalam ootak yang dikaitkan dengan memori dan emosi.

2. DAGING MERAH 

Daging merah mengandungi banyak radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Menurut satu kajian daripada ahli sains di American Academy of Dermatology, radikal bebas ini yang mengurangkan kebolehan badan dalam menghasilkan kolagen penting untuk wajah. Bagi melawan radikal bebas ini, cuba ambil sayur-sayuran dan daging tanpa lemak seperti ayam belanda dan ayam.

3. GARAM

Wajah akan menjadi sembap dengan makanan yang tinggi kandungan garamnya terutamanya di bahagian mata kerana ia mengekalkan air dalam badan. Berdasarkan kajian oleh Georgia Regents University, pengambilan makanan yang bergaram dengan terlalu banyak akan meningkatkan tisu penuaan dengan pantas. Garam juga menyahhidratkan badan dan menyebabkan anda kelihatan penat dan tidak bermaya.

4. MAKANAN PEDAS

Berita buruk kepada penggemar makanan pedas. Mungkin mereka tidak akan bersetuju untuk mengurangkan pengambilan makanan pedas. Makanan ini akan menyebabkan kulit kemerah-merahan serta menyembapkan kulit. Wanita yang telah berusia terutamanya yang sudah putus haid patut mengelakkan makanan pedas kerana saluran darah aktif mereka akan mengembang. Ini yang menyebabkan kulit tampak lebih tua dan munculnya spider vein pada wajah.

5. KAFEIN 

Ramai yang sukar memulakan pagi mereka tanpa secawan kopi. Bukan sahaja di dalam kopi, malah kafein yang terdapat dalam minuman berkarbonat serta minuman tenaga boleh turut menyahhidratkan badan dan menyebabkan pelbagai masalah kulit antaranya seperti kedutan, garis-garis halus, kulit kusam serta bintik-bintik penuaan. Kopi juga boleh merosakkan gigi kerana kopi mendedahkan gigi kepada asid dan lama-kelamaan permukaan enamel gigi boleh terhakis dan gigi menjadi kekuningan.

Bonus untuk mereka yang ingin tampak lebih muda! Pengambilan makanan-makanan seperti tomato, telur, udang karang, buah tembikai serta coklat gelap adalah amat digalakkan bagi membantu anda mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang serta mampu membantu memberikan kulit berseri.

Tomato kaya dengan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas manakala telur pula merupakan sumber utama vitamin B kompleks yang memberikan protein kepada kulit. Udang karang pula kaya dengan zink dan memiliki kandungan anti-radang yang mampu merawat kulit rengsa. Buah tembikai mengandungi anti-oksidan yang boleh menghindarkan kulit daripada rosak terkena sinar UV dan coklat gelap dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan kulit dan membantu kulit menjadi lebih hidrat dan lembut.

Sumber: eh.com.my & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen