Bahagian belakang kuali atau biasa dipanggil ‘bontot’ kuali naik legam dek jamuan bersilih ganti. Yelah, memasak setiap hari kan? Buruk sungguh pandangan terhadap kuali yang melekat di dinding tu. Adakah kita perlu gunakan produk yang mahal untuk menghilangkan legam pada kuali ini? Tidak sama sekali! Ini bahan ajaibnya!

1. Serbuk Soda 

Seperti yang kita sedia maklum, bukan mudah untuk menanggalkan kesan hangus pada dalam atau luar periuk. Takut terhakis jika disental dengan kuat. Caranya adalah biarkan air campuran sedikit serbuk soda dan air semalaman. Ia akan membantu menanggalkan kesan hangus pada periuk. Tidak perlu lagi anda menyental kuat periuk anda.

2. Air Cola 

Masalah timbul apabila gula hangus melekat pada periuk. Tuang sedikit air cola dalam periuk tersebut. Sifatnya yang tinggi asid akan membantu menanggalkan kesan hangus.

3. Krim Tartar 

Krim tartar biasanya digunakan untuk menghasilkan kek yang gebu dan kembang. Kandungan potasium hidroxide dan asid tartar yang terdapat dalam krim tartar mampu membantu membersihkan kuali dengan lebih mudah. Rendamkan campuran krim tartar dan air semalaman di dalam periuk yang mahu dikilatkan.

4. Garam & Limau 

Gabungkan dua bahan ini selama beberapa minit di dalam bekas yang anda ingin bersihkan. Bahan-bahan ini juga mampu membuang minyak yang sukar dibersihkan.

5. Garam 

Didihkan air bersama garam dan kemudian gosok menggunakan senduk kayu. Jika kurang berjaya menghilangkan kesan makanan yang hangus melekat di kuali, biarkan selama beberapa jam. Kotoran degil akan tertanggal dengan sendirinya.

6. Sos Tomato 

Sos tomato yang bersifat asidik semulajadi membantu menanggalkan kesan hangus apabila anda memasak. Tidak kisah sama ada tomato di dalam tin ataupun tomato segar, hancurkan dan barkan semalaman.

7. Cuka 

Cuka mempunyai kandungan asid asetik yang membantu menghapuskan makanan hangus yang melekat pada kuali. Cuba didihkan cuka bersama air selama beberapa minit. Bukan sahaja mampu menanggalkan kesan degil, malah jika anda biarkannya didih tanpa menutup periuk, cuka akan bertindak sebagai penyahbau di dalam rumah anda.

Sumber: keluarga.my & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen