Cubalah untuk senyum. Kalau tidak mahu pun, cubalah sekurang-kurangnya untuk senyum. Ia akan membangkitkan emosi bahagia dalam diri. Malah bagus untuk kecantikan dan kesihatan tau!

Betul ke ketawa beri kecantikan dalam? Ini sebabnya.

1. Ketawa dapat menggalakkan peredaran darah ke kepala dan hati. Kitaran darah yang lancar adalah bagus untuk kesihatan secara keseluruhan dan sekaligus mencernakan kecantikan dari dalam. Banyak kajian berkenaan proses penuaan membuktikan ketawa boleh awet muda!

2. Secara fizikalnya, ketawa akan memberikan kelegaan kepada anda. Beberapa bahagian otot juga akan turut bersenam ketika kamu ketawa termasuklah diafragma, otot abdomen dan bahu. Ini adalah senaman yang paling ringkas dan mudah.

3. Apabila ketawa peredaran darah dipertingkatkan pada semua organ utama termasuklah otak. Seri wajah akan terpancar apabila kesihatan organ utama dalam keadaan baik.

4. Mengikut sesetengah laporan kajian, ketawa dapat mengurang kesakitan. Pakar kesihatan menggunakan terapi ketawa di dalam rawatan kanser bersama penyakit kronik lain.

5. Tahap hormon stres dapat dikurangkan dan tahap hormon sihat ditingkatkan apabila kita ketawa. Sistem imunisasi dilancarkan dengan pembebasan endorphins, iaitu ‘natural feel-good chemicals’.

Sumber: intrend.com.my & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen