Ramai yang masih lagi tidak berapa tahu mengenai apa itu penyakit Malaria. Penyakit Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh infeksi protozoa dari genus plasmodium dan lebih mudah dikesan dari simptom panas dingin menggigil dan demam berpanjangan. Malaria tidak akan berjangkit dengan sentuhan secara langsung antara individu melainkan mereka telah dijangkiti parasit malaria. Apabila nyamuk Anopheles betina menggigit, air liurnya yang mengandungi parasit akan mula masuk ke peredaran darah manusia dan kemudian ke dalam sel-sel hati.

Parasit kemudiannya akan menyerang sel darah merah dan mula memakan hemoglobin, bahagian darah yang membawa oksigen. Apabila sel darah merah pecah hasil jangkitan plasmodium ini, akan mula timbul simptom demam dan menggigil dan akan menyebabkan anemia.

Apakah Jenis Penyakit Malaria?

Penyakit Malaria memiliki 4 jenis yang disebabkan oleh spesies parasit yang berbeza iaitu:

1. Malaria Tertian 

Penyebab: Plasmodium vivax

Setelah dijangkiti parasit jenis ini, penghidap akan mula mendapat simptom demam setiap dua hari sekali.

2. Malaria Tropika 

Penyebab: Plasmodium falcipatrum

Parasit jenis ini akan menghalang perjalanan darah ke otak dan akan menyebabkan koma, mengigau dan kematian.

3. Malaria Kuartana 

Penyebab: Plasmodium Malariae

Parasit jenis ini mempunyai masa jangkitan lebih lama daripada penyakit malaria tertiana atau tropika. Simptom pertama akan terjadi biasanya diantara 18 hingga 40 hari selepas jangkitan. Simptom tersebut akan berulang setiap 3 hari sekali.

4. Malaria 

Penyebab: Plasmodium ovale

Pada masa jangkita malaria, protozoa tumbuh di dalam sel hati dan beberapa hari sebelum simptom pertama terjadi, parasit tersebut akan menyerang dan menghancurkan sel darah merah sehingga menyebabkan penyakit malaria. Nyamuk malaria ini kemudian akan mengalirkan parasit yang ada di dalam tubuhnya masuk ke dalam tubuh manusia ketika menghisap darah manusia. Jika manusia sebelum ini telah dijangkiti, berkemungkinan besar manusia selepas itu yang digigit akan turut berjangkit penyakit ini.

Bagaimana Penyakit Malaria Tersebar?  

Cara penyakit malaria ini tersebar dari manusia ke manusia adalah dengan:

1. Melalui transplantasi organ yang berasal dari penghidap penyakit malaria. Jadi, orang yang ingin menderma organ perlu membuat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya sebelum mendaftar sebagai penderma organ.

2. Berganti-ganti menggunakan jarum suntik yang sama.

3. Melalui pendermaan atau penerimaan darah.

4. Ibu hamil yang menghidap penyakit malaria berkemungkinan akan menjangkiti anak yang berada di dalam kandungannya. Ini merupakan penyakit keturunan ataupun penyakit ketika lahir.

Apakah Simptom Penyakit Malaria? 

  • Suhu Demam Tinggi
  • Tubuh Menggigil
  • Sakit Kepala
  • Muntah-Muntah
  • Berpeluh Dingin
  • Cepat Lelah
  • Sesak Nafas atau Bernafas Laju
  • Sakit Otot
  • Batuk Kering
  • Sering Mengigau
  • Mengalami Kekejangan
  • Dehidrasi

Bagaimanakah Untuk Mencegah Penyakit Malaria? 

  • Menjaga kebersihan kawasan rumah dan bekas takungan air
  • Gunakan kelambu atau ubat nyamuk di ruang tidur
  • Memakai baju dan seluar panjang atau selimut

Sumber: penyakitmalaria.org & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen