Pernahkah anda mengalami sakit sendi yang keterlaluan? Sukar bergerak dan membengkokkan lutut? Ini mungkin antara simptom anda sedang menderita penyakit Gout.

Bagaimana terjadinya penyakit Gout ini? Asid urik berlebihan yang tidak dibuang dan berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut terutamanya di bahagian kaki punca mengakibatkan kesakitan pada sendi anda.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit sehingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Kesakitan ini akan berlanjutan selama beberapa hari dan hanya akan hilang dengan pengambilan ubat. Selain daripada menggunakan rawatan sakit gout, pesakit juga perlu mengelakkan atau mengurangkan makanan yang akan membuatkan kesakitan itu bertambah.

Ini adalah makanan yang WAJIB penghidap gout elakkan.

1. Makanan Laut Yang Bercengkerang – Cukup sekadar pengambilan makanan laut setakat 4-6 auns sehari. Sumber makanan ini kaya dengan purin yang akan menjadi asid urik.

2. Daging Merah – Daging putih lebih baik berbanding daging merah. Jika ingin makan, pilih daging lembu berbanding ayam belanda dan kambing.

3. Ayam Belanda – Mengandungi kadar purin yang lebih tinggi berbanding makanan lain. Daging ayam (selain ayam belanda) dan itik di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding dada dan kulit.

4. Air Berperisa – Minuman manis kaya dengan fruktosa dan akan merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik.

5. Jenis Ikan – Elakkan herring, tuna dan ikan bilis. Juga elakkan ikan masin, ikan kembung dan ikan yang berbisa atau bersengat.

6. Jenis Sayuran – Elakkan asparagus, bunga kubis, brokoli, bayam dan cendawan.

7. Organ Dalaman – Organ dalaman seperti hati, paru, jantung dan limpa patut dielakkan sama sekali.

 

Komen dgn Fesbuk

komen