Kepada mereka yang selalu mengalami asid gastrik atau GERD, yang paling penting adalah menyusun makanan yang sesuai kerana keadaan berkenaan akan menjadi membimbangkan jika tidak dijaga. Makanan yang salah akan membuatkan asid gastrik meningkat dan berulang.

JANGAN MAKAN! 

  1. Coklat
  2. Makanan Berlemak
  3. Makanan Pedas
  4. Buah-buahan Masam
  5. Tomato
  6. Bawang / Bawang Putih

DISYORKAN MAKAN

1. Oatmeal 

Oatmeal kaya dengan serat dan akan mengenyangkan anda dalam jangka masa yang lama. Oatmeal juga menyerap asid perut yang akan mengurangkan gejala refluks.

2. Halia 

Halia akan mengurangkan risiko refluks asid dan mampu merawat masalah penghadaman.

3. Aloe Vera 

Kandungan aloe vera berfungsi sebagai penyembuh penyakit semulajadi asid perut. Malah aloe vera juga berfungsi sebagai pembekuan cecair dan penebalan.

4. Sayur-sayuran hijau 

Sayur-sayuran hijau seperti brokoli, kubis bunga, kentang, salad, timun, kacang hijau dan asparagus baik di makan bagi mengurangkan asid perut.

5. Daging tanpa lemak 

Elakkan makanan yang berlemak dan berminyak jika anda mengalami asid perut. Lebih baik anda pilih makanan laut atau daging tanpa lemak, tanpa kulit, dan dimasak dengan cara bakar, rebus atau kukus.

6. Pisang 

Pisang adalah antara salah satu buahan yang baik di makan untuk pesakit asid gastrik. Malah buahan lain seperti pir, epal atau tembikai juga boleh di ambil.

7. Roti 

Roti yang dicadangkan kepada orang yang mempunyai asid perut adalah roti yang mengandungi gandum atau pelbagai gandum di dalamnya. Jenis roti yang mengandungi banyak vitamin, serat dan nutrien baik untuk badan dan kesihatan perut.

Komen dgn Fesbuk

komen