Kencing malam adalah keadaan yang biasanya terjadi kepada ramai kanak-kanak. Malah, ketika kita masih kecil juga pernah mengalami masalah yang sama. Pastinya semua ibu bapa kecewa dan tidak mahu anak-anak mereka berdepan dengan masalah ini. Ini bukan sahaja kerana faktor kebersihan, keadaan ini juga akan menyebabkan si kecil hilang keyakinan diri.

Kebiasaanya, keadaan ini dikesan jika anak anda berusia lima tahun ke atas. Sekiranya ia berlaku di bawah usia lima tahun, ia normal bagi anak kecil. Namun jika anak anada sudah berusia lima tahun ke atas atau sudah masuk alam persekolahan dan masih mengalami kencing malam lebih dua atau tiga kali seminggu, anda perlu mula memikirkan jalan penyelesaian secara serius.

Elakkan daripada memarahi anak-anak yang kencing malam. Ini kerana tanpa anda sedari tindakan tersebut akan menyebabkan gangguan emosi kepada si kecil. Anda perlu sedar bahawa ini bukan soal sikap cuai atau salah anak anda tetapi anak anda mungkin menghadapi masalah kesihatan yang berkaitan dengan keupayaan menahan kencing ataupun tertekan.

Adakah kencing malam mampu diatasi? Jangan risau. Ada beberapa pendekatan dan juga rawatan daripada doktor yang boleh anda cuba.

PUNCA KENCING MALAM 

1. Lemah struktur salur kencing, neurological deficits atau masalah kelewatan tumbesaran.

2. Penyakit diabetes di kalangan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, tiada bukti tepat yang menjelaskan punca kencing malam.

3. Peningkatan air kencing di waktu malam. Dalam keadaan biasa, tubuh kurang menghasilkan air kencing di waktu malam. Penyelidik percaya bahawa masalah ini di alami oleh kebanyakkan kanak-kanak disebabkan tidur yang terlalu lena sehingga tidak sedar proses membuang air kecil.

4. Ada sesetengah kanak-kanak mengalami kelewatan tumbesaran atau lewat matang. Sebab itu mereka tidak dapat menahan kencing.

5. Masalah emosi, stres atau menjadi mangsa penderaan seksual.

TIP ATASI KENCING MALAM  

1. Selain daripada bergantung kepada ubat-ubatan tertentu, dapatkan juga nasihat dan rawatan alternatif daripada doktor pakar.

2. Bunyikan jam setiap tempoh tertentu dan kejut anak anda untuk ke bilik air. Cara ini akan melatih mereka untuk bangun dan kencing.

3. Guna pelapik khas di tempat tidur bagi mengatasi masalah tilam dan pakaian basah.

4. Guna pelapik tilam khas yang kalis air.

5. Guna penyembur pewangi bagi mengatasi masalah bau.

INGAT! Jangan memarahi atau mengejek anak anda kerana ia akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri dan rasa tertekan.

 

Sumber: Berita Harian (3 Mei) & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen