Sedapnya pisang yang sudah masak. Lebih-lebih lagi kita tahu khasiat yang terkandung di dalamnya.

Pisang adalah salah satu buahan yang mudah menjadi busuk. Apatah lagi kalau sudah terlalu masak. Ada beberapa cara yang boleh dicuba bagi menjaga pisang supaya tahan lebih lama.

  • Beli pisang setengah masak 

Beli pisang yang belum masak sepenuhnya tetapi jangan terlalu mentah untuk ia tahan lebih lama ketika penyimpanan di rumah. Ciri-ciri pisang setengah masak adalah bahagian hujungnya masih berwarna hijau sementara bahagian tengahnya sudah menguning.

  • Simpan pada suhu bilik 

Simpan pisang pada suhu bilik sehingga ia masak. Elakkan udara panas kerana ia akan mempercepatkan proses pematangan. Jangan simpan pisang di dalam peti sejuk sebelum ia masak kerana udara sejuk membuatkan kulit pisang menjadi coklat dengan lebih cepat dan membusuk. Udara sejuk akan membuatkan kulit pisang menghitam sedangkan bahagian isi di dalam pisang masih mentah.

  • Gantung pisang 

Daripada meletak pisang di meja, lebih elok jika pisang tersebut digantung. Ini akan mencegah pisang dari cepat rosak kerana terkena udara. Anda juga boleh membungkus batang tandan pisang dengan plastik. Ia akan mengurangkan kadar udara yang masuk dan menjadikan pisang cepat masak.

  • Elak simpan buah dan sayuran dalam satu tempat 

Buahan dan sayuran mengeluarkan hormon khusus yang mempercepatkan proses pematangan. Buahan atau sayuran yang sudah coklat akan mengeluarkan lebih banyak hormon ethylene dari kebiasaannya. Ia akan membuatkan buahan atau sayuran di sekitarnya matang dengan lebih cepat.

  • Jangan simpan pisang dalam bekas bertutup

Bekas tertutup akan membuatkan pisang berubah menjadi coklat dengan cepat kerana pengeluaran hormon ethylene yang banyak.

 

Sumber: lifestyle.okezone.com & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen