Penyakit thalasemia adalah penyakit yang selalu tejadi apabila sel darah merah kurang di dalam badan. Penyakit thalasemia ini sama seperti penyakit anemia dan penyakit hipotensi.

Penyakit thalasemia adalah kebanyakkannya disebabkan oleh faktor genetik. Pengambilan makanan yang memiliki sifat penambah darah merah seperti kacang almond, sayur dan ikan boleh mencegah dari penyakit thalasemia ini.

Perhatikan tanda-tanda penyakit thalasemia ini dan dapatkan rawatan selanjutnya.

  • Mudah Mengantuk
  • Perut Membengkak
  • Warna Air Kencing Gelap
  • Letih
  • Muntah
  • Kerap Sakit / Pening Kepala / Pengsan
  • Sukar Bernafas

Tanda-tanda ini jika tidak dirawat segera akan mengakibatkan komplikasi yang lebih serius terjadi kepada penghidap Thalasemia. Ia boleh menggagalkan pertumbuhan, fungsi jantung, merosakkan organ dalam badan dan penyakit hati. Jika keadaan ini tidak ditangani segera, ia boleh menyebabkan kematian.

BAGAIMANA INGIN MERAWAT PENYAKIT THALASEMIA 

Transfusi darah selalunya digunakan bagi merawat penyakit thalasemiaa. Rawatan ini boleh membantu dalam mengurangkan risiko penyakit anemia berulang. Pemindahan tulang sumsum juga boleh dilakukan tetapi ia sangat berisiko dan boleh menyebabkan terjadinya komplikasi. Komplikasi yang mungkin akan berlaku adalah seperti hepatitis, osteoprorosis, puberitas dan gangguan pada jantung. Penghidap thalasemia juga disarankan mengambil makanan tambahan sebagai rutin harian agar lebih cergas.

Sumber: thalassemia.net & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen