Beberapa hari lagi, mereka yang beragama Islam akan menjalani ibadah puasa. Jadi, Abang Brian nak kongsikan antara resepi yang Abang Brian suka makan ketika di bulan puasa. Boleh jadi juadah berbuka mahupun bersahur.

Resepi yang pertama untuk #30ResepiRamadhanAbangBrian adalah Kurma dan Cinnamon Rolls. Jom tengok cara membuatnya.

Bahan yang diperlukan: 

  • 30ml air suam 
  • 1 paket yis
  • 195ml susu suam
  • 50g mentega, dicairkan
  • 75g gula kaster
  • 2 biji telur
  • 180g tepung roti
  • Secubit garam

Untuk inti

  • 25g mentega dicairkan
  • Serbuk kayu manis
  • Segenggam badam, dihancur kasar
  • Segenggam kurma, dibuang biji dan dipotong kasar
  • 75g gula perang

Untuk ‘glaze’

  • 2 sudu besar mentega
  • 75g gula perang
  • Sedikit santan

 

Cara membuatnya: 

  1. Campurkan yis dan air suam. Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih. Gaulkan dengan kesemua bahan lain sehingga mendapat doh. Uli sehingga tidak melekat (tambah sedikit tepung jika perlu)
  2. Biarkan ulian doh mengembang selama 1 jam ditutupi dengan kain lembap.
  3. Canaikan segi empat tepat dan sapukan mentega. Taburkan kesemua bahan inti lain dan gulungkan. Potongkan melintang. Susunkan dalam loyang dan biarkan mengembang sejam.
  4. Sapukan dengan sedikit telur yang telah dipukul. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180’C untuk 25-30 minit atau sehingga masak sepenuhnya. 
  5. Biarkan menyejuk dan curahkan bahan glaze (Panaskan mentega bersama gula. Gaulkan dengan santan sehingga mendapat sos likat)

Selamat mencuba!

Gambar: Instagram Abang Brian

Komen dgn Fesbuk

komen