Ramai sedia maklum bahawa kesan habuk boleh menjejaskan kesihatan kita. Yang paling ditakuti adalah ia menjadi punca serangan asma yang membolehkan terjadinya kesukaran untuk bernafas.

Jika habuk ini tidak dihindarkan daripada ruangan kediaman, ia akan membawa banyak masalah. Apa petua atau tip yang boleh digunakan untuk membasmi habuk dan mengelakkan rumah menjadi tempat habuk bersarang?

PUNCA RUMAH SENANG BERHABUK

1. Penggunaan kipas 

Tujuan kipas digunakan adalah untuk memberikan rasa nyaman dan keselesaan. Namun begitu, kipas juga adalah perangkap habuk terhebat. Jadi, pastikan anda membersihkan kipas sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

2. Jarak rumah terlalu hampir dengan jalan 

Jika jarak rumah anda terlalu hampir dengan jalan, ia juga menjadi punca rumah anda mudah terdedah dengan habuk. Pastikan pintu atau tingkap di bahagian lain dibuka bagi aliran udara bersih masuk ke dalam ruang kediaman.

3. Dekat dengan kawasan pembinaan 

Bila ada sahaja perojek pembinaan baru berdekatan rumah, pasti jumlah habuk akan bertambah dua atau tiga kali ganda singgah ke dalam kediaman.

CARA ELAK RUMAH BERHABUK 

1. Kurangkan hiasan atau peralatan yang boleh memerangkap habuk di dalam rumah.

2. Gunakan alas kaki. Letakkan di luar pintu dan di dalam kediaman. Ia akan memerangkap habuk daripada di bawa masuk ke dalam kediaman.

3. Berbanding kain, gunakan blind dari kayu, metal atau plastik yang mudah dibersihkan.

4. Gunakan sofa yang materialnya daripada fabrik, mempunyai zip supaya sarungnya boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk terus terperangkap.

5. Jangan gunakan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir. Ia akan memerangkap lebih banyak habuk.

 

Sumber: keluarga.my & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen