Hai semua! Kali ini, Abang Brian nak kongsikan resepi yang boleh anda cuba ketika bulan Ramadan nanti. Yang lebih baik, bahan-bahan yang digunakan merupakan bahan-bahan sunnah. Sebagai contoh untuk resepi kali ini, Abang Brian nak gunakan buah delima untuk dibuat smoothies. Abang Brian akan buat delima smoothies untuk sahur nanti.

Senang sahaja nak buat delima smoothies ini. Jom tengok langkah ini.

Bahan yang digunakan: 

  • 1/2 cawan delima
  • 1 pisang, dipotong kecil dan dibekukan
  • 3 sudu kecil madu
  • 1/2 cawan yogurt

Cara membuatnya: 

Kisarkan sahaja kesemua bahan di atas mengikut kelumatan yang diingini.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen