Buah durian adalah buahan bermusim yang sekarang ini boleh didapati lebih sekali dalam setahun. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri dalam memilih buah durian yang matang dan enak.

Cara memilih buah durian yang enak sangat penting lagi-lagi jika si penjual tidak mahu mengopek buah durian itu. Tapi ada juga penjual yang membuka buah durian tersebut untuk membuktikan kegempalan isinya.

Meskipun begitu, anda kena benar-benar mengetahui cara memilih buah durian kerana belum tentu isinya bagus dan enak rasanya. Jom lihat cara memilih buah durian yang matang dan enak.

1. Pilihlah durian yang bentuknya bulat. Ini kerana bentuk bulat menandakan isi buahnya besar dan banyak. Durian yang berbentuk lonjong atau tidak bulat biasanya mempunyai isi yang sikit.

2. Elakkan daripada memilih durian yang sudah terbuka kulitnya. Perhatikan bahagian bawah durian. Jika ianya terbuka atau ternganga, ini menandakan durian sudah ‘masuk angin’ dan rasanya hambar.

3. Pilihlah durian yang berbau wangi. Bau wangi durian menunjukkan bahawa durian itu sudah matang.

4. Pukul-pukul durian dengan pisau untuk mengetahui durian itu matang atau tidak. Jika terdengar bunyi ‘bluk-bluk’ bergema, itu menandakan durian sudah matang. Durian belum matang akan memberikan bunyi ‘plek-plek’.

5. Pilih durian yang bertangkalkan pendek atau lebar. Bentuk tangkai akan menunjukkan nipis atau tebal isi buah durian tersebut. Tangkal durian ini merupakan pembantu untuk menyalurkan karbohidrat dari batang pokok durian.

6. Pilih buah durian yang durinya jarang dan pendek-pendek. Ini menandakan bahawa isinya kering. Jika durinya banyak, ia menunjukkan kandungan air yang banyak sehingga isi durian menjadi lembik.

7. Pilih buah durian yang ringan. Biji dan kulit durian adalah komponen terberat untuk durian. Durian yang lebih ringan akan lebih banyak isinya.

8. Pilihlah durian yang sudah jatuh dari pohonnya kerana ia menunjukkan isinya sudah matang sempurna.

 

Sumber: duniabaca.com & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen