Mengapa kena ada etika ketika batuk atau bersin? Ketika kita batuk atau bersin, pelepasan virus atau kuman yang terdapat dalam sistem pernafasan dalam organ badan kita akan terjadi. Pelepasan kuman atau virus tersebut telah keluar bebas ke udara.

Maka, udara yang kita hirup akan terkontaminasi. Udara di sekeliling kita akan tercemar oleh virus atau kuman yang berasal dari tubuh badan kita.

Jika ada orang lain yang menghirup udara yang telah tercemar dan mereka tidak berada dalam keadaan yang sihat, mereka akan dijangkiti virus atau kuman tersebut.

Tahukah anda bahawa ada ratusan ribu kuman atau bakteria yang keluar ketika seseorang itu batuk atau bersin?

Berdasarkan sebuah kajian, virus daripada batuk atau bersin itu merebak lebih cepat bebas ke udara. Dengan kelajuan seperti itu, orang ramai berkemungkinan untuk dijangkiti dengan udara yang telah tercemar itu.

Contoh penyakit yang disebabkan oleh virus atau bakteria melalui udara adalah, selsema, batuk, TBC, pneumonua, SARS, cacar air, penyakit mata merah, rubella dan banyak lagi.

Berikut adalah ilustrasi tentang virus yang keluar apabila seseorang itu bersin.

Ilustrasi ini diambil daripada news.mit.edu http://news.mit.edu/2014/coughs-and-sneezes-float-farther-you-think 

Etika Ketika Batuk Dan Bersin

1. Menutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan.

2. Menutup hidung dan mulut dengan lengan baju jika tiada tisu atau sapu tangan.

3. Buang tisu yang sudah dipakai ke dalam tong sampah.

4. Cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air bersih.

5. Gunakan penutup mulut.

Tujuan Etika Ketika Batuk Dan Bersin

1. Untuk mencegah jangkitan ISPA (Infeksi Saluran Pernafasan Akut) dan TBC (Tuberkulosis)

2. Untuk mengelakkan penyebaran kuman atau virus yang membawa kepada jangkitan penyakit.

 

Sumber: katakatamanfaat.blogspot & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen