Kali ini Abang Brian nak kongsikan resepi yang paling Abang Brian suka iaitu Asam Laksa! Resepi ini adalah resepi mudah, senang dan tentunya sihat. Sihat macam mana? Isi ikan yang kita guna tu banyak protein yang kita boleh dapat tau! Jom tengok apa bahan yang digunakan dan cara paling mudah korang nak buat Asam Laksa!

Bahan yang digunakan: 

Bahan Kisar

  • 20 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 1 inci belacan

Bahan Untuk Kuah

  • 700gm ikan kembung
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 6 tangkai daun kesum 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air asam jawa
  • 3 keping asam gelugur

Cara membuatnya: 

1) Rebuskan ikan yg telah dibersihkan sehingga masak sepenuhnya. Asingkan isinya dan kisarkan tulang bersama sedikit air rebusan. Tapis betul betul.. tercekik nanti ade tulang..hehe


2) Dalam periuk lain masukkan bahan kisar dan air rebusan mengikut kepekatan yang diingini. Masukkan kesemua bahan kuah lain kecuali air asam jawa. Renehkan selama 1 jam. 


3) Kembalikan isi ikan ke dalam kuah. Reneh seketika dan biar memekat. Tambahkan air asam jawa ikut selera. Reneh kembali. 


4) Hidangkan bersama mi laksa yang dicelur dan bahan sampingan seperti telur, bawang besar dan timun dipotong dadu kecil dan cili padi.

 

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen