Masalah pada liang pori akan terjadi apabila kulit muka berminyak. Apabila liang pori tersebut terbuka, ia akan mengundang masalah seperti blackhead, whitehead dan jerawat.

Bukan sahaja kerana kulit muka berminyak yang menjadi punca liang pori terbuka, sinaran matahari yang terlalu banyak juga boleh merosakkan kolagen kulit secara tidak langsung dan menyebabkan liang pori tersumbat. Semakin usia meningkat, semakin meningkat masalah liang pori.

Bagi merawat masalah liang pori, facial spa adalah salah satu cara rawatannya. Tetapi, ada petua menggunakan bahan semula jadi yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah pembukaan liang pori di muka.

1. AIS

Ais dapat meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit dan membina kulit yang lebih sihat.

Caranya: Balutkan kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap mungkin. Jika anda tidak mempunyai masa, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Gantikan air dengan jus timun, jus epal atau teh hijau yang dibekukan untuk kesan yang lebih efektif.

2. CUKA EPAL 

Cuka epal dapat menegangkan kulit, mengurangkan pori dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka anda.

Caranya: Campurkan cuka dengan air. Gunakan kapas untuk menyapu campuran tadi pada kulit muka. Biarkan kering sebelum bilas. Lebih elok jika dilakukan setiap malam selepas mencuci muka.

3. PUTIH TELUR 

Putih telur akan mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.

Caranya: Pukul putih telur dan sapukan pada muka. Bilas setelah ia kering. Untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif, lindungi sapuan telur tadi dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Sebaik-baiknya lakukan dua kali seminggu.

4. SKRUB GULA

Skrub gula dapat membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.

Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama kemudia sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas bersih. Kalau boleh, lakukan sekerap mungkin. Nak lagi wangi, boleh tambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila.

5. SODA BIKARBONAT 

Soda bikarbonat mampu membuang lebihan minyak, kotoran dan debu yang terdapat pada permukaan kulit muka. Ia juga mampu merawat masalah jerawat.

Caranya: Campurkan dua sudu soda bikarbonat dan air sehingga menjadi pes. Sapukan pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk proses penyerapan.

6. JUS LEMON 

Jus lemon dapat mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mampu mencerahkan wajah.

Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon dan sapukan pada muka. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan lihat hasil yang menakjubkan!

7. TIMUN

Timun mampu mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.

Caranya: Jadi jus daripada sebiji timun. Sapukan pada muka menggunakan kapas. Biarkan kering selama 15 hingga 20 minit. Cuba lakukan ini setiap hari juga selama sebulan.

8. YOGURT 

Yogurt akan membantu membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.

Caranya: Biarkan sapuan yogurt pada muka selama 10 minit sebelum dibilas. Lakukan sekerap mungkin dan lihat hasilnya!

9. OAT 

Pada mereka yang mempunyai kulit sensitif, sesuai gunakan oat sebagai bahan.

Caranya: Lima sudu madu dan dua sudu susu tepung di campurkan ke dalam dua sudu oatmeal. Gaul sehingga sebati dan sapu pada muka. Urut perlahan-lahan pada muka dan apabila sudah kering, barulah dibilas.

 

Sumber: siraplimau.com & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen