Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Kebanyakkan orang yang biasa dan selalu makan nasi akan berkata ‘Jika tak dapat makan nasi sehari, tak kenyang rasanya’.

Bagaimana ingin membuatkan nasi itu harum, lembut dan enak? Tambahkan sahaja bahan semula jadi yang harum ketika saat memasak nasi. Antara bahannya adalah:-

  • Daun Pandan
  • Daun Kunyit
  • Daun Sup
  • Daun Bawang
  • Daun Cengkeh
  • Daun Pala

Cara Menanak Nasi 

  • Menggunakan periuk 
  1. Cuci beras dengan merendamnya dalam air kemudian gaul-gaulkan dengan tangan sehingga air menjadi keruh dan berwarna putih. Ulang sebanyak 3-4 kali dan buang airnya. Jangan cuci dengan terlalu bersih kerana bimbang nutrisi nasi itu hilang.
  2. Setelah periuk dibersihkan, masukkan beras tadi ke dalamnya. Isi dengan air tidak melebihi 1 atau 1 setengah jari telunjuk dari permukaan beras.
  3. Tambah setengah sudu garam dan dedaun wangi untuk menambahkan kenikmatannya.
  4. Masak di atas dapur dengan api sederhana dan tutup sehingga mendidih. Setelah mendidih dan nasi mengembang, kacau nasi hingga ke permukaan bawah. Tambah air jika ia dah kering dan nasi masih tidak masak.
  • Mengukus 
  1. Cuci beras dengan merendamnya dalam air kemudian gaul-gaulkan dengan tangan sehingga air menjadi keruh dan berwarna putih. Ulang sebanyak 3-4 kali dan buang airnya. Jangan cuci dengan terlalu bersih kerana bimbang nutrisi nasi itu hilang.
  2. Siapkan dan isi air di bahagian bawah pengukus.
  3. Tuangkan beras di bahagian atas pengukus perlahan-lahan.
  4. Tambahkan setengah sudu garam dan dedaun wangi untuk menambajkan kenikmatannya.
  5. Tidak perlu mengacau atau mengaul nasi. Selepas 20-30 minit, perhatikan nasi sama ada sudah masak atau belum.
  6. Pastikan air tidak mengering kerana ia akan membuatkan nasi mengeras dan jangan letakkan lebih air untuk elakkan daripada berasa menjadi bubur.
  • Menggunakan Rice Cooker 
  1. Cuci beras dengan merendamnya dalam air kemudian gaul-gaulkan dengan tangan sehingga air menjadi keruh dan berwarna putih. Ulang sebanyak 3-4 kali dan buang airnya. Jangan cuci dengan terlalu bersih kerana bimbang nutrisi nasi itu hilang.
  2. Pastikan rice cooker anda dalam keadaan bersih dan kering. Rice cooker yang basah akan membuatkannya mudah berkarat.
  3. Tuangkan beras yang dicuci sebentar tadi.
  4. Tambahkan air 1 hingga 1 setengah ruas jari telunjuk di atas beras.
  5. Jangan lupa tambahan setengah sudu garam dan dedaun wangi untuk menambahkan kelazatannya.
  6. Tutup penutup rice cooker dan tekan punat ‘cook’.
  7. Tunggu sehingga nasi masak.

Sumber: lasealwin.wordpress.com & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen