Siapa yang suka udang goreng nestum? Ini adalah salah satu resepi kegemaran Abang Brian tau! Sedapnyaaaa! Nak makan dekat luar, mesti mahal kan? Apa kata Abang Brian kongsi dengan anda semua resepi nak buat Udang Goreng Nestum? Jangan risau, senang saja. Tak percaya? Jom tengok langkah di bawah ni.

Bahan yang digunakan: 

  • 1/2 kg udang saiz sederhana
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji cili padi hijau dan 2 biji cili padi merah – dipotong nipis
  • 2 biji telur putih gred A
  • 75ml stok ayam buatan sendiri (resipi-halal-kiub-stok-ayam-homemade)
  • 50ml susu sejat
  • 100 gm nestum
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam
  • minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya: 

1. Udang yang telah dibersihkan digaulkan sebati dengan garam serta sedikit lada hitam dan telur putih.

2. Panaskan minyak dan goreng sehingga udang menjadi keemasan. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan minyak yang berlainan dan masukkan mentega.

4. Kemudian,masukkan cili padi, daun kari, stok ayam, susu sejat, nestum serta bahan perasa.

5. Gaulkan sehingga sebati dan masak sehingga memekat

6. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga sebati.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen