Siapa kata makanan dekat Malaysia tak sihat? Bukan semua makanan tak sihat tau. Kena lah tau bagaimana cara memasaknya. Kali ini Abang Brian nak kongsikan resepi Ikan Bakar Meletop. Senang sahaja cara nak buatnya. Tapi, nak lebih sihat, lepas tumis kesemua bahan yang akan Abang Brian kongsikan nanti, buang lebihan minyak yang ada. Tak adalah kita guna banyak minyak dan tentunya makanan kita akan lebih sihat. Betul tak?

Jom kita tengok macam mana nak masak Ikan Bakar Meletop ini.

Bahan yang digunakan: 

  • 1 ekor ikan siakap/merah sederhana besar-dibersihkan
  • 1 helai daun kunyit-hiris halus
  • 2 helai daun limau purut-hiris halus

Bahan-bahan dikisar bersama:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai-hiris
  • 1 kelopak bunga kantan-hiris halus
  • 2 cili padi
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • Gula,garam secukupnya
  • Sedikit air

Cara membuatnya: 

  1. Tumiskan semua bahan kisar sehingga terbit minyak. Tapiskan minyak berlebihan. 
  2. Letakkan ikan dalam aluminium atau daun pisang. Taburkan rempah atas ikan dan balutkannya
  3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200C untuk 20-25 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Atau boleh juga bakar di atas dapur api/mesin barbeque

Selamat mencuba!

 

Komen dgn Fesbuk

komen