Jika anda perasan, anak-anak suka mengikut kita ke dapur. Dapur sendiri telah menjadi ruang yang paling diminati oleh kanak-kanak. Dapur mempunyai pelbagai peralatan yang berbahaya dan kita akan menjadi tidak selesa apabila anak berada di dalam dapur. Jadi, ibu bapa perlu sentiasa memastikan ruang dapur ini selamat untuk mereka. pastikan susun atur dapur memudahkan anda dan anak anda bergerak dan sediakan alatan dapur yang tidak membahayakan anak anda.

PERKAKASAN SELAMAT 

Lebih elok jika anda gunakan bekas untuk memasak yang diperbuat daripada bahan lengai yang tidak mudah menggelupas, sumbing, retak, meruap, terhakis dan tidak mengumpul bakteria. Peralatan ini juga perlulah mampu menjadi pengalir haba yang baik supaya makanan dimasak sempurna dan mudah untuk dibersihkan. Elakkan daripada menggunakan senduk dan sudip yang boleh mengalirkan haba kerana ia akan menyukarkan keadaan untuk dipegang ketika memasak.

PERALATAN ELEKTRIK 

Letakkan perkakas elektrik seperti ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, pengisar, periuk nasi dan sebagainya di tempat yang sesuai. Gunakan sarung tangan dengan sempurna dan berhati-hati jika anak anda ingin membantu mengeluarkan makanan yang sudah dimasak dari ketuhar gelombang mikro.

TEMPAT MENYIMPAN 

Jika anda mempunyai anak yang berusia di antara empat hingga tujuh tahun, pastikan ruang dapur anda mempunyai tempat menyimpan semua peralatan yang merbahaya. Pastikan setiap daun pintu dan laci dipasang engsel untuk menahan hentakan atau hempasan yang akan menyebabkan jari mereka tersepit. Simpankan semua makanan kering di tingkat atas kabinert dan begitu juga semua gelas yang berkaki, pinggan dan teko kaca.

PEMILIHAN LANTAI 

Pastikan anda memilih jenis lantai yang selamat untuk mereka berjalan mahupun berlari. Elakkan jubin lantai jenis licin kerana ini boleh menyebabkan anak mudah tergelincir hingga tercedera. Pilih kemasan dapur daripada jubin yang berpermukaan kesat atau bertekstur kerana jika ada tumpahan air yang tidak disengajakan, lantai tidak menjadi terlalu licin daripada jubin biasa.

KABINET DAPUR 

Dek kerana anak-anak suka memanjat dan bersandar pada kabinet dapur, anda perlu memilih kabinet yang diperbuat daripada bahan kayu berpermukaan licin atau berkilat bagi mengelakkan lengan atau kaki mereka tercedera. Pastikan juga setiap bucu kabinet dibentikkan bundar untuk mengelakkan anak terhantuk.

 

Sumber: jelita.com.my & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen