Haaa. Ini ada lagi satu resepi sempena #30ResepiRamadhanAbangBrian iaitu Sotong Masam Manis!

Seperti biasa, Brian akan gunakan bahan-bahan Sunnah seperti buah kurma. Kurma akan membekalkan kita tenaga tidak kira lah ketika waktu siang berpuasa atau ketika waktu malam untuk mengerjakan ibadat.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom tengok macam mana nak buat Sotong Masam Manis ni.

Bahan yang digunakan: 

  • 5 ekor sotong
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Bahan untuk dikisar 

  • 1inci halia
  • 8 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar cuka
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 5 kurma, dibuang biji dan dihiris isinya
  • nanas, dipotong kiub
  • 1 biji tomato, dibelah 4
  • 1 biji bawang, dihiris bulat
  • 70ml air

Cara membuatnya: 

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan kesemua bahan lain kecuali sotong dan masak sehingga kuah memekat. (Perisakan dengan gula dan garam secukup rasa. Nak sihat lagi brian gunakan madu je)
  3. Masukkan sotong dan gaul sehingga sotong cukup masak. 
  4. Hidangkan dengan hiasan hirisan cili. 

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen