Tidak tahu untuk memberikan hadiah Hari Guru yang sesuai untuk anak bawa ke sekolah? Ini kami berikan beberapa cadangan hadiah Hari Guru yang tidak membabitkan kos tinggi.

1. Bekas Air – Bekas air bersama tanda ingatan pastinya comel untuk diberikan kepada guru. Guru pastinya menggunakan banyak tenaga ketika waktu mengajar dan bekas minuman ini akan membuatkan guru berasa amat dihargai.

2. Alat Tulis – Jika anak anda ingin menghadiahkan kepada beberapa orang guru mereka, beli lah alat tulis yang dijual dalam satu pek (lebih murah) dan letakkan label sebegini.

3. Sepucuk Surat – Surat yang dikarang dan ditulis sendiri pastinya menjadi kenangan terindah kepada guru berkenaan apatah lagi ayatnya datang daripada keikhlasan hati mereka.

4. Kad Ucapan Buatan Sendiri – Buatkan kad ucapan daripada kertas keras dan sertakan gambar anak dan guru mereka. Ini adalah hadiah yang terindah buat selamanya!

5. Penanda Buku – Penanda buku memberikan mesej memberangsangkan dan membuatkan cikgu berasa bersemangat untuk mengajar setiap hari.

 

Sumber: jelita.com.my & Google (gambar)

 

 

Komen dgn Fesbuk

komen