Selain daripada menghormati kedua ibua bapa, kita juga disarankan untuk menghormati guru kita. Ini kerana gurulah yang telah mengajar dan membimbing kita dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

Berikut adalah cara ingin menghormati guru-guru kita baik disekolah mahupun di luar sekolah.

1. Mengucapkan salam

Sangat senang untuk mengucapkan salam kepada guru anda. Salam membawa erti keselamatan yang mendoakan mereka selalu selamat. Ucaplah salam dimana sahaja apabila anda melihat atau terserempak guru anda.

2. Berbicara sopan

Pastikan anda sentiasa sopan dalam berkata-kata. Ini akan membuatkan guru anda mengingati anda. Cara ini harus dipraktikkan ketika di sekolah dan juga di luar sekolah kerana guru anda kekal sebagai guru walaupun di luar sekolah.

3. Dengar sebelum menyampuk 

Ketika sedang berbual, janganlah menyampuk ketika guru anda sedang berkata-kata. Jawablah pertanyaan mereka usai mereka berbicara.

4. Menghargai, rendah diri

Ketika guru di hadapan kelas, hormatilah beliau dan elakkan daripada berbual bersama rakan-rakan di belakang. Bayangkan jika anda sedang bercakap di hadapan kelas dan tiada siapa yang mendengarnya malah berbual tanpa menghiraukan anda? Semestinya anda berasa sakit hati bukan?

5. Mengikuti nasihatnya

Guru tidak akan menasihati anak muridnya tentang perkara yang tdiak elok. Sudah pasti apa yang dinasihatkan itu baik untuk kehidupan anda. Hormati guru anda ketika ini kerana ini akan mencorakkan kehidupan anda kelak.

 

Sumber: tipspendidikan.site & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen