Kurang lengkap rasanya jika anak-anak tidak diberikan pendidikan yang membantu mereka mengenal kemampuan dan bakat mereka. Meskipun di dalam keluarga itu sendiri terdapat pendidikan yang anak-anak boleh dapatkan secara langsung atau dengan bermain, mengenali dunia luar dan melakukan interaksi sosial, pendidikan formal atau sekolah akan membantu mereka mengenal kemampuan dan bakat mereka.

Oleh yang demikian, pendidikan atau sekolah sememangnya berperanan penting untuk masa depan mereka. Dan sebelum memasukkan mereka kemana-mana sekolah, pastikan anda mengetahui tips memilih sekolah yang tepat untuk anak anda agar mereka boleh kekal berada di sekolah.

Adakah begitu penting memilih sekolah untuk anak-anak? Tidak begitu penting tetapi ibu bapa haruslah pertimbangkan sekolah yang boleh memberikan anak-anak kita ketenteraman dan persekitaran pembelajaran yang tenang dan nyaman.

Ada juga sebuah sekolah yang mempunyai guru yang bermasalah, suka marah-marah dan tidak sabar. Adakah kita hendak anak kita masuk ke sekolah yang mempunyai guru sebegitu? Bukan sahaja aspek pengajar perlu diambil kira, malah ada beberapa aspek lain yang patut anda pertimbangkan ketika memilih sekolah untuk anak anda. Lihat aspek di bawah ini.

GURU ATAU PENGAJAR 

Sebelum memasukkan anak ke sekolah, cuba selidik tentang guru yang akan mengajar anak-anak anda. Kita tidak mahu anak-anak kita ketakutakn ketika berada di dalam kelas kerana seorang guru. Kita juga pastinya tidak mahu anak kita sentiasa dimarahi oleh guru. Guru adalah ibu bapa kedua anak-anak kita. Pastikan guru itu adalah yang terbaik, penyayang, penyabar dan ikhlas dalam mengajar dan membimbing anak-anak kita.

YURAN SEKOLAH 

Tidak semua sekolah memberikan yuran sekolah secara percuma atau melalui tajaan persekolaha. Biasanya sekolah persendirian dan swasta memiliki yuran yang sedikit lebih mahal daripada sekolah kerajaan. Jadi, elakkan daripada memilih sekolah yang yurannya terlampau mahal. Tidak semestinya yuran sekolah mahal, sekolah itu yang terbaik dan menjamin anak anda menjadi pintar.

LOKASI SEKOLAH 

Pastikan anak-anak anda tidak terburu-buru ketika ke sekolah. Situasi yang biasanya membuatkan mereka kelam kabut adalah datang ke sekolah lambat. Jadi, pilihlah sekolah yang berdekatan dengan kawasan persekitaran rumah.

KEADAAN DAN FASILITI SEKOLAH 

Jika memilih sekolah, pastikan anda memilih sekolah yang memiliki fasiliti yang terbaik kepada pelajar-pelajar. Pastikan  bangunan sekolah itu bagus, atapnya tidak bocor,  kawasan sekolah bersih dan rapi. Ini akan membuatkan anak-anak anda selesa dengan keadaan pembelajaran di sekolah tersebut. Selain daripada itu, fasiliti lengkap seperti tempat bermain, bangunan, tempat duduk yang baik dan laboratorium juga perlu diambil kira.

REPUTASI SEKOLAH 

Sekolah yang baik tentunya memiliki reputasi yang baik. Perhatikan perkembangan sekolah dan tahap kecemerlangan pelajarnya. Perhatikan juga cara sekolah menangani masalah disiplin pelajar yang melibatkan ibu bapa pelajar. Cari juga pandangan masyarakat sekelilingi mengenai kualiti sekolah tersebut.

KURIKULUM SEKOLAH

Ketahui pembelajaran daripada guru pada permulaan masuk sekolah. Adakah bahan pembelajaran yang diberikan sesuai dengan umur anak anda.

Perhatikan dengan baik semua yang berkaitan dengan proses pembelajaran anak-anak di sekolah dan pastikan anak senang dalam menuntut ilmu. Sekolah yang baik adalah sekolah yang bertanggungjawab terhadap pelajarnya dan ibu bapa yang baik adalah yang memastikan anak mendapat pendidikan yang baik juga.

Sumber: tipsanakcerdas.com & Google (gambar)

 

 

Komen dgn Fesbuk

komen