Tekanan darah tinggi atau hypertension merupakan antara penyakit pembunuh senyap kerana kebiasaannya penghidap tidak langsung menyedari keadaan tekanan darah tinggi ini sehingga bertahun-tahun. Secara purata, 1 daripada 5 individu tidak tahu menahu yang mereka sudah menghidap tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi ini boleh merosakkan jantung, paru-paru, saluran darah otak dan buah pinggang secara perlahan-lahan tanpa disedari sekiranya tidak dirawat. Takutnya!

1. Berapakah tekanan darah yang normal? 

2. Apakah punca utama darah tinggi? 

Banyak punca yang boleh menjadi penyebab berlakunya tekanan darah tinggi dan tahap untuk setiap individu adalah berbeza. Antara puncanya adalah kurang bersenam, pengambilan makanan yang tidak sihat dan seimbang, obesiti, faktor usia dan juga faktor genetik.

3. Apakah komplikasi yang boleh terjadi bagi seseorang yang menghidap darah tinggi? 

Antara komplikasi yang mungkin berlaku kepada seseorang individu yang menghidap darah tinggi adalah sakit jantung, sakit buah pinggang, strok dan sakit mata.

3. Bagaimana saya tahu saya menghidap darah tinggi?

Tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarang simptom dan biasanya tidak sedar langsung. Tekanan darah tinggi boleh diketahui apabila didiagnose oleh doktor semasa menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Jika bacaan tekanan darah anda tinggi, anda mungkin akan merasa sakit kepala yang kuat, sakit di bahagian dada dan mungkin sukar untuk bernafas. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya anda menghadapi simptom-simptom tersebut.

4. Apakah rawatan yang boleh saya dapatkan? 

Selain daripada ubat tekanan darah tinggi, anda juga boleh mengubah gaya hidup anda termasuklah mengurangkan berat badan, berhenti merokok, makan makanan yang sihat, bersenam dengan konsisten dan berhenti dari mengambil alkohol.

5. Apakah jenis diet yang perlu saya ikuti? 

Ikuti diet sihat seperti lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam makanan anda, kurangkan makanan bergoreng, kurangkan makan daging merah dan kurangkan makanan bergaram.

 

Sumber: vitamin.ibucergas.com & Google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen