Penyakit darah tinggi mempunyai kaitan kuat dengan penyakit-penyakit berisiko yang lain seperti jantung, buah pinggang serta organ-organ. Darah tinggi juga boleh meningkatkan risiko strok dan melumpuhkan sistem buah pinggang.

Tiada punca sebenar yang dapat diketahui tentang serangan darah tinggi ini. Setiap individu disarankan agar mengambil kira pengambilan makanan yang membolehkan berlakunya tekanan darah tinggi. Malah, setiap individu juga digesa agar kerap menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor.

Penyakit darah tinggi masih mampu untuk dikawal jika penghidapnya mengamalkan pengambilan makanan dan ubatan secara konsisten. Pola pemakana seharian perlu sentiasa diperhatikan.

MAKANAN YANG SESUAI DIAMBIL 

  1. Makan ikan dan ayam tanpa kulitnya. Jika memasak daging lembu atau kambing, buang bahagian lemak yang berlebihan dan hidanglah dalam kuantiti yang sederhana.
  2. Gunakan hanya sedikit minyak sayuran seperti minyak jagung, kacang soya ketika memasak. Ini akan mengurangkan kandungan lemak tidak tepu dalam darah.
  3. Pengambilan kuning telur perlu dihadkan tidak melebihi 3 biji seminggu. Gunakan bahan-bahan tanpa kolestrol untuk menggantikannya.
  4. Guna kaedah memasak dengan cara membakar, memanggang, merebus dan mengukus.
  5. Penggunaan garam perlu dikurangkan dan makanan yang disajikan perlulah mengandungi semua zat gizi seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air.
  6. Pilih makanan yang kaya serat seperti oat atau gandum.
  7. Ambil jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan serat.

MAKANAN YANG TIDAK SESUAI DIAMBIL 

  1. Hindari makanan manis.
  2. Semua bentuk makanan melibatkan daging merah (rendang dan daging goreng). Begitu juga ikan masin, sardin, mentega dan daging panggang. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang diawet juga patut dielakkan.
  3. Minuman yang tinggi natrium seperti kopi. Alkohol juga tidak baik untuk penyakit darah tinggi.
  4. Elakkan pengambilan daging kambing dan durian serta makanan yang bergizi tinggi (daging merah) dan bergaram. Kurangkan juga makanan yang bersantan.
  5. Bacalah terlebih dahulu label makanan yang tertera.
  6. Makanan yang mempunyai kadar tenusu yang tinggi tidak baik untuk pesakit darah tinggi. Jika ingin mengambil susu dan soya misalnya, pilihlah yang rendah lemak.
  7. Selain menjaga pola pemakanan, merokok juga perlu dijauhkan. Merokok adalah punca risiko darah tinggi. Berat badan juga patut dijaga kerana melibatkan risiko serangan jantung.

Sumber: vitaminkesihatansejagat.com & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen