Bawang juga merupakan bahan masakan sunnah. Tapi tak ramai yang suka letakkan bawang dalam masakan mereka bukan? Untuk #30ResepiRamadhanAbangBrian kali ini, Brian nak kongsikan resepi Nasi Goreng Kimchi. Boleh makan masa sahur dan juga masa berbuka tau!

Bahan yang diperlukan:

  • 3 sudu besar mentega
  • ½ bawang, dicincang
  • 1 cawan kimchi, dihiris kasar
  • ½ cawan daging ayam, direbus dicarik
  • 2 cawan nasi
  • 2 sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu besar minyak bijian
  • Telur digoreng dan hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara membuatnya: 

  1. Tumiskan bawang dalam mentega sehingga menjadi lembut dan berbau harum.
  2. Masukkan kimchi dan daging ayam dan gaul mesra.
  3. Masukkan nasi dan kesemua bahan lain.
  4. Gaul dan goreng sehingga nasi cukup kering.
  5. Hidangkan dengan daun bawang dan telur mata kerbau. 

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen