Apabila memilih sabun pencuci pinggan, jangan pilih asal boleh sahaja. Ini kerana sabun pencuci yang betul boleh menanggalkan sisi kotoran pada pinggan dan juga menghilangkan bau. Pastinya anda mencuci pinggan setiap hari bukan? Selepas memasak atau makan, ada sahaja peralatan dapur yang perlu dibersihkan segera.

Adakah anda telah memilih sabun pencuci yang tepat? Sabun pencuci juga penting bagi menjaga kebersihan peralatan masak anda. Tanpanya, anda dan keluarga berpotensi terkena penyakit daripada bakteria yang terkumpul.

Berikut adalah tip memilih sabun pencuci yang terbaik.

  • Sabun pencuci yang mampu membersih secara keseluruhan dan menghilangkan bau.
  • Bahan di dalam sabun pencuci haruslah bahan semula jadi dan tidak akan membahayakan kesihatan.
  • Pilihlah bahan pencuci yang tidak keras dan kulit tangan anda kekal lembut dan terjaga.
  • Pastikan juga sabun pencuci yang dipakai tidak mendatangkan sebarang iritasi pada kulit anda.

Meskipun telah dicuci bersih, bau makanan masih lagi melekat pada pinggan dan peralatan memasak. Untuk mengatasi hal ini, jom cuba cara di bawah.

  1. Merendam peralatan dapur dalam larutan sabun yang beraroma lemon kerana lemon sangat membantu dalam menghilangkan bau yang tidak enak pada peralatan anda.
  2. Titiskan air lemon ke atas piring yang berbau dan biarkan kering. Kemudian bilaskan bersih.
  3. Campurkan air dengan baking soda dan cuci keseluruhan permukaan peralatan dapur yang berbau. Biarkan semalaman kemudian bilas bersih.

Sabun pencuci yang tepat akan membuatkan tugasan anda di dapur lebih mudah dan cepat diselesaikan. Peralatan dapur bersih, kulit tangan juga kekal halus. Segera mencuci peralatan dapur anda selepas menggunakannya kerana sisa kotoran akan lagi susah untuk ditanggalkan.

 

Sumber: masaiya.biz & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen