Seperti yang kita ketahui, pizza merupakan makanan segera yang popular di seluruh negara. Bermacam bentuk dan beraneka topping boleh dijumpai.

Memandangkan hari ini adalah Pizaa Party Day, kami akan kongsikan antara topping-topping pizza yang paling aneh di dunia!

Rusia 

Di Rusia, pada siapa yang hidungnya mampu menahan segala jenis bau, boleh lah memesan dan mencuba pizza Mockba ini. Pizza anda akan dipenuhi dengan berbagai jenis ikan dari sardin, tuna, makarel, hingga ke herring merah. Dan tentunya ditambah dengan bawang.

Turki 

Lahmacun adalah pizza dengan roti nipis yang dipanggang dan toppingnya daging cincang, bermacam jenis sayuran, bawang dan bumbu tradisional Turki. Tak lupa juga hiasan dan sos tomatonya.

Swedia 

Di Swedia, anda akan melihat topping seperti kacang, potongan buah pisang, daging ayam, nenas dan ditambah dengan serbuk kari. Atau nama lainnya pisang kari. Dapatkah anda bayangkan rasa segar dengan sentuhan unik khas Afrika yang penuh warna?

Jepun 

Pada mereka yang ke Jepun pastinya ingin memakan makanan Jepun seperti ramen atau sushi. Tetapi, topping pizza di Jepun juga mempunyai topping seperti sushi. Topping yang paling digemari adalah sotong, ikan, tuna, rumpai laut dan banyak lagi.

Amerika 

Negara ini terkenal dengan ramainya penghidap diabetes. Pizza coklat adalah antara pizza yang popular di Amerika. Siapa yang akan menolak taburan marshmallow, dark chocolate dan biskut di permukaan pizza yang dipanggang garing ini. Takkan nak tengok je kan?

 

Sumber: breaktime.co.id & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen