Berenang merupakan salah satu life skill yang diperlukan dalam kehidupan. Ramai yang bertanya bagaimana cara mengajar anak berenang. Tahukah anda, sejak baru lahir, bayi sudah boleh diajarkan berenang? Ini kerana selama 9 bulan mereka berada di dalam perut ibu, mereka sudah terbiasa dengan air (ketuban).

Apabila usianya menginjak ke 4 bulan, bayi sudah mempunyai refleks menyelam. Maksudnya, bayi akan tahu bagaimana ingin berenang tanpa menelan air. Jadi, usia bayi ketika inilah yang sangat ideal untuk diajarkannya berenang.

Namun begitu, otak anak-anak semakin berkembang dan refleks ini akan hilang apabila usianya meningkat. Oleh itu, anak harus belajar lagi bagaimana untuk menahan nafas di dalam air. Ini adalah tip yang harus diperhatikan ketika mengajar anak anda berenang.

1. Pastikan mood atau perasaan anda berada dalam kawalan. Dengan ini anda akan menjadi lebih penyabar. Ketika pertama kali memasuki kolam yang dalam, anak mungkin akan merasa takut dan was-was. Pastikan anda sentiasa dekat dengan mereka dan ini akan membuatkan mereka senang berada di dalam air.

2. Sebagai langkah awal, ajar anak anda untuk bermain di pinggir kolam terlebih dahulu. Sedikit demi sedikit, ajak mereka ke kolam yang lebih dalam. Anda perlu sering mengingatkan diri agar sentiasa membuatkan mereka selesa di dalam air. Misalnya, percikkan air ke wajahnya atau bermain air siram-menyiram.

3. Jika keyakinan diri anak anda semakin meningkat, anda boleh cuba gerakan yang lebih sukar. Meniarapkan anak dan pegang dengan kedua tangan anda. Minta mereka untuk depakan tangan ibarat pesawat. Atau anda boleh pegang ketiak anak dengan dua tangan dan biarkan kakinya bergerak-gerak dengan sendiri. Dengan ini, anak akan belajar cara mengapung badan mereka.

4. Semua manusia boleh mengapungkan diri mereka. Ajarkan anak anda dengan menelentangkan badan mereka di kolam yang setinggi pinggang. Biarkan beberapa saat sehingga anak merasa selesa dalam keadaan begitu. Jika sudah selesa, minta mereka untuk melengkungkan punggung dan jauhkan tangan anda dari punggung anak perlahan-lahan. Anda perlu bersedia sekiranya anak ketakutan atau panik. Proses ini mengambil masa yang lama sehingga anak dapat merasakan keyakinan diri mereka. Nanti, mereka akan dengan sendirinya boleh membalikkan badan dan mengapung diri.

5. Jika anak anda sudah pandai melayang di air, ini saatnya anda lepaskan mereka dan biarkan mereka berenang dengan sendiri. Tapi, anda haruslah tetap berada dekat dengan anak anda supaya mereka selesa. Sebaiknya, mulakan belajar berenang di kolam yang tidak terlalu dalam. And boleh berdiri dan minta anak berenang ke anda. Berikan pujian sekiranya mereka berjaya lakukan sedemikian. Lakukan proses ini berkali-kali dan anda akan lihat anak anda berenang dengan sendirinya selepas ini.

 

Sumber: lifestyle.kompass.com & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen