Tidak ramai yang tahu tentang kadar tukaran unit sukatan dalam masakan. Tidak dinafikan, sukatan setiap bahan dalam masakan amat pening terutama dalam resepi yang rumit. Jika berbeza sedikit pun, amat besar kesannya dalam masakan kita. Contohnya apabila kita membuat kek atau roti.

Ramai yang keliru jika resepi menunjukkan pelbagai jenis unit sukatan seperti gram (g) dan mililiter (ml). Nak dijadikan cerita, rumah tiada penimbang. Habis hilang semangat nak buat  kuih atau kek.

Akan tetapi, sukatan resepi-resepi kini telah menukar sukatan daripada gram ke cawan. Lebih mudah kerana rumah pastinya banyak cawan kan?

Berikut adalah sedikit maklumat kadar tukaran untuk cawan, sudu besar, sudu teh kepada gram, oz dan ml.

1. Sukatan Tepung

  • 45 gram = 1/4 cawan
  • 65 gram = 1/2 cawan
  • 90 gram = 3/4 caw an
  • 125 gram = 1 cawan
  • 250 gram = 2 cawan
  • 500 gram = 4 cawan
  • 10 gram = 2 sudu kecil
  • 15 gram = 2 sudu besar

2. Sukatan Gula

  • 80 gram = 1/4 cawan
  • 125 gram = 1/2 cawan
  • 190 gram = 3/4 cawan
  • 250 gram = 1 cawan
  • 500 gram = 2 cawan
  • 10 gram = 1 sudu kecil
  • 15 gram = 1 sudu besar

3. Sukatan Mentega

  • 80 gram = 1/4 cawan
  • 125 gram = 1/2 caw an
  • 190 gram = 3/4 cawan
  • 250 gram = 1 caw an
  • 500 gram = 2 cawan
  • 10 gram = 1 sudu kecil
  • 15 gram = 1 sudu besar

4. Sukatan Cecair

  • 50 ml = 1/4 cawan
  • 125 ml = 1/2 cawan
  • 180 ml = 3/4 cawan
  • 250 ml = 1 cawan
  • 1000 ml @ 1 liter = 4 cawan (1 Quart)

Lepas ni, tiada lagi alasan hilang semangat nak memasak sebab tiada lagi yang perlu dirisaukan tentang jenis sukatan. Bila ada sukatan gram, tukarkan sahaja pada sukatan cawan. Pastinya kerja memasak anda akan menjadi lebih muda.

TIP

  • Maklumat kadar tukaran diatas semuanya menggunakan bahan yang belum diayak. Jika bahan-bahan dalam bentuk serbuk diayak terlebih dahulu sebelum disukar, kita akan mendapati berat bahan yang belum diayak adalah lebih berak berbanding berat bahan yang telah diayak. Walaupun beza tidak banyak tetapi ada masanya perbezaan itu menjadi sangat penting.

 

Sumber: aynorablogs.com, rujukanmasakan.blogspot.my & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen