Apabila datang rajinnya, ibu-ibu akan ke dapur untuk menyediakan kek. Bukan nak makan pun. Hanya terasa ingin membuatnya dan beri anak-anak makan. Bila berlebihan, kita akan menyimpan kek di dalam peti ais atau freezer. Jangan tak tahu, pelbagai jenis kek yang boleh disimpan di dalam peti ais seperti kek lobak merah (carrot cake), kek Red Velvet, kek mentega, kek keju dan macam-macam lagi termasuklah cupcakes.

Berikut adalah cara menyimpan kek di dalam peti ais dengan betul.

  1. Balut kek yang ingin disimpan dengan plastik wrap dan pastikan semua bahagian kek dibalut sempurna.
  2. Bungkus kek yang dibalut dengan plastic wrap dengan aluminium foil di sebelah luar.
  3. Setelah balut dengan sempurna, simpan di dalam peti ais.

Soalan Lazim Berkenaan Cara Penyimpanan Kek Di Dalam Peti Ais 

  1. Berapa lama boleh menyimpan kek di dalam peti ais? – 3 bulan 
  2. Kena simpan kek yang betul-betul sejuk atau sebaik keluar daripada oven? – Tunggu kek sejuk pada suhu bilik terlebih dahulu baru balut. Takut kek ‘berpeluh’ dalam wrap jika dibalut ketika masih panas. 
  3. Dimana patut saya letak kek yang disimpan di dalam peti ais, penyejuk atau pembeku? – Boleh diletakkan di dalam bahagian biasa sahaja. 

 

Sumber: aziejaya.blogspot.my, nidabead-bakes.blogspot.com & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen