Apabila berpuasa, masalah yang biasa berlaku adalah bibir kering dan pecah-pecah. Mungkin tak semua orang mengalaminya tetapi ada sesetengah wanita risau yang masalah bibir akan mencacatkan penampilan mereka menjadi lebih pucat dan kering.

Bibir kering bukan berpunca daripada kurang minum air semata-mata, malah ada faktor lain yang menjadi punca bibir kering.

Berikut kami kongsikan tip mengatasi bibir kering sepanjang bulan puasa.

1. Pengelupasan Kulit Bibir 

Boleh cuba membuat pengelupasan kulit mati pada bibir seminggu sekali. Bagaimana? Basahkan bibir dengan air hangat dan gosok bibir anda dengan sikat gigi lembut. Jika khuatir cara ini akan melukakan bibir, gunakan produk pengelupasan yang khusus untuk bibir (bentuknya seperti lip balm). Produk ini akan memudahkan proses pengelupasan dan membuang kulit mati dan bibir kering.

2. Gunakan ‘lip balm’ 

Rajin gunakan lip balm bagi mencegah bibir kering. Semasa memilih lip balm, pilihlah yang mengandungi minyak semula jadi dan SPF. Ia akan menjag bibir dari sinar matahari yang merupakan salah satu penyebab bibir kering.

3. Elak Makan Pedas dan Masin 

Elakkan daripada mengambil makanan pedas dan masin kerana makanan ini akan membuatkan anda bertambah haus dan bibir menjadi kering. Hindari makanan ini ketika bersahur dan berbuka puasa.

4. Jangan Jilat Bibir 

Jilat bibir bukanlah cara yang bagus untuk basahkan bibir. Malah, ia akan lebih keringkan bibir anda!

5. Madu 

Madu merupakan bahan semula jadi yang digunakan bagi mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Sapukan terus madu ke bibir. Tetapi jangan pula menjilat bibir ketika berpuasa. Batal puasa nanti! Seeloknya sapukan madu sebelum tidur. Ketika waktu bersahur pula, minum sedikit madu kerana madu bukan sahaja mencegah bibir kering, malah madu juga memberikan kekuatan selama tempoh berpuasa.

 

Sumber: keluarga.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen