Otot-otot tubuh bayi sudah semakin kuat sejak usianya masuk bulan ke 3. Di saat itulah, si kecil sudah boleh diajak melakukan senaman mudah. Bersenam mampu membantu meningkatkan daya kerja otak dan membuatkan otak si kecil berkembang dengan optimal.

Cuba gerakan ini dengan si kecil anda.

1. Sentuhan pada dahi 

Cara: Usap dari bahagian kiri ke kanan dan sebaliknya. Sentuhan ini dapat mengalirkan darah ke dalam otak.

Tujuan: Membuatkan bayi tenang dan tidak takut. Ini akan mengaktifkan otak di bahagian depan dan meningkatkan kemampuan berpikir secara logik dan kreatif.

2. Sentuhan pada pipi

Cara: Sentuh dan sapu lembut pipi kiri dan kanan secara berulang.

Tujuan: Refleks pernafasan yang berlaku dapat meningkatkan oksigen ke otak, mengaktifkan otak untuk bersuara dan mengunyah.

3. Sentuhan pada telinga 

Cara: usap lembut bahagian hujung telinga kiri dan kanan secara berulang.

Tujuan: Mengasah tahap kepekaan telinga untuk mendengar, meningkatkan daya konsentrasi dan mengasah kemampuan berkomunikasi.

4. Sentuhan pada bahu 

Cara: Sentuh dan usap bahagian otot bahu kiri dan kanan secara berulang. Gerakkan juga kepala ke kiri dan kanan dengan perlahan.

Tujuan: Merehatkan otot leher dan bahu agar tidak kaku. Meningkatkan permerhatian, konsentrasi dan daya ingatan.

5. Gerakan mengaktifkan tangan 

Cara: Luruskan kedua tangan si kecil anda agar rongga dadanya terbuka lebih lebar. Kemudian, rentangkan tangan ke arah yang berbeza iaitu lurus ke hadapan dan kemudian tangan lurus di sisi punggung anak.

Tujuan: Memperkuatkan otot-otot dada dan bahu, melancarkan pernafasan dan melatih mata dan tangan.

6. Gerakan angka 8 

Cara: Terlentangkan bayi dan luruskan badannya. Kemudian arahkan kedua tangannya dan gerakkan ke arah kiri dan kanan membentuk angka 8. Lakukan secara bertahap dan berganti tangan kanan dan kiri sebanyak 4 kali.

Tujuan: Mengaktifkan gerakan mata kanan dan kiri, mengasah daya konsentrasi, pemerhatian dan keseimbangan.

7. Gerakan menyilang 

Cara: Lakukan gerakan anggota badan secara menyilang. Tangan kanan digerakkan bersama dengan kaki kiri atau sebaliknya. Gerakan dilakukan ke depan dan melepasi tengah badan. Lakukan secara perlahan-lahan.

Tujuan: Mengaktifkan kedua-dua sisi otak, pendengaran, penglihatan dan konsentrasi.

 

Sumber: motherandbaby.co.id & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen