Tahukah anda 26 May merupakan World Blueberry Cheesecake Day?

Kali ini kami akan kongsikan resepi Blueberry Cheesecake dari Planta.

Bahan yang diperlukan: 

Kerak (Crust):

  • 150g biskut
  • 100g Planta dicairkan

Inti (Filling):

  • 900g krim keju (cream cheese)
  • 1 cawan gula aising
  • 1 sudu teh ekstrak Vanilla
  • 1 cawan heavy cream

Hiasan (Topping):

  • 2 cawan blueberi
  • 1 camca besar gula halus

Cara membuatnya: 

  1. Cairkan 100g Planta.
  2. Masukkan biskut ke dalam plastic bag dan tumbukkan sehingga halus. Anda
    boleh gunakan rolling pin, lesung batu ataupun processer jika ada.
  3. Kacaukan Planta
    yang dicairkan bersama biskut yang telah ditumbuk halus. Ini untuk
    menggabungkan biskut-biskut halus tadi supaya mudah untuk membuat asas untuk kek.
  4. Masukkan adunan biskut tersebut ke atas dulang kek dan ratakan. Masukkan ke dalam
    peti ais sehingga keras.
  5. Untuk inti (filling), campurkan pula cream cheese dan gula aising. Masukkan ekstrak Vanilla.
  6. Dalam bekas yang berlainan, pukul dan kacau heavy cream sehingga menjadi sedikit keras.
  7. Masukkan heavy cream tadi ke dalam adunan cream cheese. Gaulkan hingga sebati.
  8. Masukkan adunan ke dalam dulang kek dan biar dalam petiais sehingga 2 jam atau lebih.
  9. Selepas itu, cairkan blueberri dengan 1 camca besar gula. Ikut dengan cita rasa anda, boleh biarkan cair ataupun pekatkan sedikit. Biarkan sejuk.

Selamat mencuba!

 

Sumber: Youtube Planta Malaysia

Komen dgn Fesbuk

komen