BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN SEMASA HAMIL DAN BERPUASA?

Anda tentu tidak boleh makan sekerap biasa tetapi anda boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Untuk mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketidakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang merupakan simptom semasa hamil, ambil hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

APAKAH CARA TERBAIK BAGI WANITA HAMIL BERBUKA PUASA?

Tiada pelan makanan khas yang boleh diikuti tetapi boleh cuba tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka.

  • Tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan kembali tahap gula yang rendah dalam badan)
  • Susu atau yogurt rendah lemak
  • Sup jernih

Kemudian, ambil hidangan seimbang yang mengandungi

  • sepinggan salah atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera
  • protein daripada ayam, daging atau ikan atau lentil, kacang pis atau kekacang
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh
  • banyak sayur-sayuran

Untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan, elakkan daripada mengambil hidangan berlemak tinggi.

PERLUKAH SAYA MEMAKAN SAHUR JIKA SAYA BERPUASA SEMASA HAMIL?

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Sahur akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Wanita hamil disarankan untuk mengambil sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Malah, ia juga dapat mengurangkan simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Antara hidangan sahur yang sihat adalah :-

  • nasi beras perang dan roti bijan penuh dengan kari atau kurma
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu krim rendah lemak
  • buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang

Anda akan ternyahhidrat sekiranya anda meminum teh semasa sahur. Jadi, elakkan.

BAGAIMANAKAN SAYA MENGGANTIKAN PENGAMBILAN KOPI DAN/ATAU TEH SELEPAS BERBUKA?

Ganti minuman bergas, kopi atau teh dengan jus buah-buahan segar. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Anda boleh dapatkan vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda dengan sup sayur-sayuran.

APAKAH YANG PERLU SAYA MASUKKAN DAN ELAKKAN DALAM DIET SEMASA RAMADAN

Amalkan tip-tip ini semasa berpuasa untuk mengekalkan kesihatan.

  • Berehat sebentar selepas berbuka, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukan juga aktiviti-aktiviti ringan.
  • Pastikan anda bangun dan makan sahur. Bukan makan pada lewat malam sebelum tidur.
  • Untuk kekal hidrasi, minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur.

Sumber: babycenter.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen