Pulang dari percutian pantai atau pulau-pulau, kebarangkalian untuk mendapat sunburn adalah sangat tinggi. Sunburn berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Golongan yang mudah terkena sunburn adalah kanak-kanak dan warga tua kerana mereka memiliki kulit yang sensitif.
Elakkan Dari Terkena Sunburn
- Hindari sinaran matahari di antara jam 10 pagi hingga 3 petang kerana ketika waktu inilah radiasi ultra ungu sangat kuat.
- Gunakan losyen penghalang/penapis cahaya (sunblock/sunscreen) sekiranya anda harus melakukan aktiviti luar rumah.
Tahap Sunburn
- Sunburn tahap pertama atau ringan – Kulit kelihatan kemerah-merahan dan disertai dengan rasa sakit.
- Sunburn tahap kedua – Terdapat gelembung cecair dan sakit.
- Sunburn tahap ketiga atau berat – Pemerhatian doktor diperlukan dengan segera.
Tanda-Tanda Terkena Sunburn
1. Kesan terbakar pada cahaya matahari yang sederhana
- Kulit merah, sedikit bengkak, gatal kulit, berasa panas dan kering.
- Selepas beberapa hari, kulit akan menggelupas dan otot anda mungkin berasa sakit.
2. Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk
- Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas.
- Kesakitan yang amat sangat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju menyentuh kulit anda.
- Kemerahan kulit bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncaknya 24-48 jam kemudian.
Cara Pulihkan Dan Rawat Kulit Yang Terkena Sunburn
- Gunakan losyen yang mengandungi lidah buaya (aloe vera) kerana lidah buaya dapat meringankan rasa perit pada kulit dan membantu tubuh menghasilkan sel kulit yang baru.
- Kurangkan radang kulit dan rasa gatal-gatal dengan menggunakan krim hydrocortisone.
- Yogurt mampu membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn. Yogurt yang tidak bercampur apa-apa perisa tau!
- Gunakan cuka bagi menghilangkan rasa perit. Tuang cuka putih atau cuka epal ke atas tisu dan lekatkan pada kulit yang terkena sunburn.
- Teh hitam atau teh hijau juga boleh digunakan kerana ia mengandungi tannis dan komponen lain yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.
- Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.
- Boleh juga gunakan serbuk penaik (baking soda) dengan campurkannya dengan cuka lalu sapukan pada kulit yang terkena sunburn sebelum tidur dan biarkan semalaman.
- Oatmeal juga membantu meredakan rasa pedih sunburn. Kisarkan satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan gunakan untuk mandi sekiranya bahagian kulit yang terkena sunburn luas.
Sumber: siraplimau.com & google (gambar)