Jenis kulit yang berbeza memerlukan jenis produk untuk kulit yang berbeza. Begitu juga dengan penggunaan krim pelindung matahari atau sunscreen. Kandungan sunscreen untuk kulit kering pastinya berbza dengan kandungan sunscreen untuk kulit berminyak.

Jom lihat tip memilih sunscreen yang sesuai dengan kulit anda.

Untuk Kulit Kering 

Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis ini, masalah kelembapan kulit adalah masalah utama mereka. Jadi, pemilihan sunscreen yang mengandungi losyen yang boleh melembapkan kulit. Sunscreen jenis ini mengandungi ekstrak seperti lidah buaya, jojoba dan buah mulberry yang mampu membuatkan kulit lembap dan melindungi kulit daripada terdedah kepada sinaran matahari.

Untuk Kulit Berminyak 

Mereka yang mempunyai jenis kulit ini disarankan untuk memilih sunscreen yang berjenis gel atau non-oily. Ini untuk menghindarkan kulit dari terasa melekit ketika berpeluh.

Untuk Kulit Kombinasi 

Jika anda mempunyai jenis kulit kering dan berminyak, anda harus lebih teliti dalam pemilihan sunscreen. Jika  bahagian kulit pipi normal tetapi daerah T (dagu, hidung, kening) berminyak, anda disarankan memilih sunscreen khas untuk kulit berminyak. Sunscreen jenis spray adalah lebih baik digunakan bagi mereka yang memiliki kulit kombinasi kering dan berminyak. Juga boleh gunakan sunscreen gel untuk kawasan kulit yang berminyak dan sunscreen jenis losyen untuk kawasan kulit kering.

 

Sumber: lifestyle.okezone.com & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen