Siapa tidak kenal dengan burger bukan? Makanan ini merupakan antara makanan yang digemari oleh masyarakat khususnya anak kecil.

Burger yang lengkap merangkumi roti, daging, mayonis dan sayuran. Dan kini variasi burger itu sendiri sudah banyak seperti benjo, oblong dan sebagainya.

Ini kami kongsikan berapa banyak kalori sesebuah burger itu.

Burger Ayam untuk satu hidangan (127,96 gram) mengandung kalori sebanyak 381 kcal dengan lemak sebanyak 19,27 gram, kolesterol 11,57 mg, protein 12,52 gram, dan karbohidrat sebanyak 12,52 gram. Dari 381 kalori tersebut mengandung 46% lemak, 41% karbohidrat, dan 13% protein. Sedangkan untuk jenisĀ cheeseburger pula mengandungi 300 kalori dengan nilaiĀ kalori 36% lemak, 44% karbohidrat, dan 20% protein.

Hot dog merupakan makanan yang serupa dengan burger tetapi tidak sama. Burger dan hot dog sama-sama menggunakan roti, sayuran dan sos. Yang membezakannya adalah daging pada burger dan sosej pada hot dog. Hot dog sememangnya berukuran kecil dan tentunya memiliki kalori yang lebih rendah berbanding kalori burger. Hotdog berukuran normal memiliki kalori sebanyak 270kcal.

Bagi mereka yang gemarkan burger, anda perlu berhati-hati dengan pengambilan makan tersebut supaya tidak mengganggu tahap kesihatan anda. Jom lihat tip pengambilan burger.

  1. Hindarkan diri anda daripada makan ‘double burger’ atau ‘triple burger’ dalam satu hari lebih-lebih lagi jika anda bersendirian.
  2. Jika ingin memakan juga, gunakan mayonis yang rendah lemak dan ambil dalam jumlah yang secukupnya.
  3. Perbanyakkan sayuran dalam hidangan burger anda terutamanya sayuran berkalori rendah.
  4. Boleh juga menggantikannya dengan burger vegetarian.
  5. Elakkan daripada mengambil hidangan tambahan seperti kentang dan air berkarbonat ketika memakan burger.
  6. Jika anda ingin menambah keju di dalam hidangan burger anda, pilih keju yang rendah lemak.
  7. Jika ingin lebih sihat, boleh buat sendiri burger anda. Jadi boleh tentukan bahan yang sihat untuk tubuh anda.

Sumber: dietkualami.com & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen