Jika anda pernah mengalami baju anda tetap kotor, cuba lihat mesin basuh anda. Kita selelu menyalah serbuk pencuci jika baju masih kotor setelah dibasuh. Tanpa kita sedar, mesin basuh kita sendiri yang kotor dan terdapat bakteria hingga menjadikan proses mencuci lebih sukar. Jadi tidak hairanlah jika masih terdapat bintik-bintik kesan degil atau kesan kulat fabrik bersarang di dalam jalinan fabrik kita. Walaupun kini terdapat mesin basuh anti bakteria tetapi bukan semua mesin basuh dilengkapi sistem canggih sebegitu.

Antara tip cuci mesin basuh terbaik ialah dengan:-

  • Masukkan air panas ke dalam mesin basuh dan campurkan satu penutup peluntur
  • Jika mahukan sesuatu yang semula jadi, boleh gunakan cuka makan dan putar dalam beberapa minit
  • Biarkan selama sejam agar cecair tersebut bertindak
  • Pastikan getah di bahagian atas mesin basuh dicuci dengan cecair pembersih kerana di situlah kawasan pembiakan bakteria yang menjadikan mesin basuh berkerak
  • Akhir sekali, bilas mesin pencuci dengan cecair pewangi pakaian agar mesin bersih dan berbau harum

Sumber: impiana.my & google (gambar)

 

 

 

Komen dgn Fesbuk

komen