Kepelbagaian makanan di Malaysia tidak dapat disangkal lagi. Bak lirik lagu Makan nyanyian Jalil Hamid “Orang kita makan macam-macam, tidak kira pagi petang siang malam, semua benda alamak boleh ditelan, batu, besi, paku, parang, kayu, papan.”

Disebalik namanya yang pelik, keenakkannya tidak dapat dinafikan. Negeri Kelantan dianggap sebagai syurga makanan ‘eksotik’. Ini buktinya!

PUTERI MANDI 

Kuih ini berbentuk bulat, berwarna-warni dan rasanya lemak manis. Puteri mandi juga disebut ‘Terri Mandi’ di Kelantan.

BUTIR NANGKA 

Kuih ini dipanggil butir nangka kerana bentuknya seperti biji nangka. Sesuai dihidangkan sebagai dessert kerana rasanya memang manis.

NEKBAT

Kuih ini diperbuat daripada tepung beras dan telur. Nekbat bukan sahaja popular di Kelantan, malah di Terengganu juga. Sekali tengok bentuknya seperti kuih baulu.

ULAT BULU

Jangan terkejut dengan namanya. Ia dipanggil ulat bulu mungkin kerana bentuknya. Adunan kuih ini sama seperti kuih buah melaka.

CEK MEK MOLEK

Kuih ini dihasilkan melalui adunan tepung gandum dan ubi keledek dan intinya daripada gula. Comel kan bentuknya? Secomel namanya.

GELEMBUNG BUAYA

Kuih ini dikatakan adik-beradik dodol. Rasanya lemak manis kelapa parut muda yang disebatikan dengan gula dan tepung.

 

Sumber: kamithemedia.blogspot.com & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen