Siapa yang tidak suka sotong goreng tepung kan? Yang istimewanya #30ResepiRamadhanAbangBrian kali ini adalah sos untuk sotong goreng tepung itu. Confirm rasa lain dari yang lain. Boleh korang teka mana satu bahan sunnah yang Abang Brian gunakan dalam resepi  Sotong Goreng Tepung Dan Sos Yogurt Cili ini?

 

Bahan yang diperlukan: 

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk kunyit
  • Sedikit air sejuk
  • Sotong, dipotong “ring” (boleh gunakan makanan laut lain seperti udang)

Bahan sos

  • 2 sudu besar yogurt
  • 1 sudu besar sos cili
  • Secubit garam dan lada hitam
  • Buah delima

Cara membuatnya: 

  1. Gaulkan tepung gandum, jagung, serbuk penaik, garam dan kunyit. Tambahkan air sejuk sehingga menjadi likat. (Macam adunan untuk cucur)
  2. Salutkan sotong dengan sedikit tepung. Celupkan dalam adunan (langkah 1) Gorengkan dalam minyak secukupnya (175C). Toskan. 
  3. Untukk sos, gaulkan semua bahan bersama. Hidangkan bersama sotong digoreng.

Selamat mencuba!

Komen dgn Fesbuk

komen