Biskut merupakan sejenis kuih kering yang dibakar dan biasanya biskut ini nipis, leper dan rangup bila dimakan. Biskut merupakan istilah yang biasa digunakan untuk pelbagai produk makanan yang berasaskan tepung dan dibakar. Istilah ini digunakan untuk dia produk berbeza di Amerika Utara, Negara-negara Komanwel dan Eropah.

Di Amerika Syarikat, biskut dipanggil ‘cookie’ atau ‘cracker’. Biskut di United Kingdom, Isle of Man dan Ireland mungkin tidak begitu manis dan antara jenisnya adalah biskut coklat, digestives, hobnobs, kacang halia, teh kaya, bourbons dan krim kastard.

Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Komanwel dan Ireland, istilah ‘cookie’ biasanya merujuk kepada satu jenis biskut (coklat cip cookies). Walaubagaimanapun, ia boleh juga merujuk kepada jenis biskut atau roti tertentu.

Dari mana asal usulnya biskut ni? 

Biskut (cracker) pertama kali dibuat oleh John Pearson dari Newburyport, Massachussetts. Tercetusnya idea ini kerana Pearson sering kali memikirkan satu makanan yang boleh bertahan ketika pelayaran tidak seperti kuih tradisional lain yang cepat basi dan rosak.

Pada tahun 1792, beliau telah mencampurkan tepung dengan lain lalu membakarnya. Ciptaan yang terhasul dari gabungan dua bahan tersebut dinamakan Pearson’s Pilot Bread dan kemudian ditukar namanya ke nama Hardtack atau Sea Biscuits. Kerana ketahanannya untuk jangka masa yang panjang, biskut ini menjadi sangat popular di kalangan nelayan, pelayar dan pelaut.

Nama ‘Cracker’ pula tercetus pada tahun 1801 di mana Josiah Bent telah membakar keseluruhan doh yang telah dileperkan dan tanpa sengaja bunyi ‘crack’ terhasil. Josiah Bent juga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan biskut sebagai makanan ringan harian yang bukan sahaja sebagai makanan bagi pelaut. Untuk membezakan variasi biskutnya dengan pesaingnya, Pearson, beliau telah menambah perisa kepada biskut buatannya sehingga tercipta biskut soda dan pelbagai biskut lainnya.

Info

‘Biskut’ (Biscuit) adalah perkataan yang berasal dari perkataan Latin ‘bis coctus’ yang bermaksud dimasak 2 kali. Perkataan ini kekal sehingga sekarang dan menjadi nama naungan bagi resepi yang bergabung dibawahnya seperti Cracker, kuih yang bersaiz kecil, Hardtack, Kek keras, Cookies dan sebagainya.

Perkataan ‘Cookies’ pula berasal dari perkataan Belanda ‘koekjes’ dari kata asal ‘koek’ yang bermaksud kek. Ia menjadi perkataan yang popular di US sedangkan di England, mereka lebih gemar memanggil Cookies dengan nama Small Cakes, Seed Biscuits atau Tea Cakes.

 

Sumber: wikipedia, kamuscyber.blogspot.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen