Daun pudina atau mint telah menjadi antara bahan popular untuk pelbagai produk makanan sehinggalah ke kosmetik.

Antara produk yang menggunakan daun mint adalah sabun mandi, minyak wangi, ubat gigi serta makanan ringan seperti gula-gula.

Jenis 

Jenis tanaman yang termasuk di dalam keluarga mint antaranya adalah lavender, rosemary, peppermint dan spearmint. Jenis mint ini menpunyai bau dan rasa yang unik.

Bentuk 

Tanaman mint mempunyai batang berbentuk persegi. Daun mint tumbuh berpasangan pada batang. Bunga mint berukuran kecil dengan pelbagai warna dati putih, kebiruan hingga ke merah muda.

Manfaat 

Selain daripada menjadi perasa pada makanan, daun dan minyak mint juga digunakan untuk menambah keharuman minyak wangi.

Mint juga digunakan sebagai ubat-ubatan. Jenis mint seperti sage dan thyme juga digunakan sebagai bahan memasak.

Mint juga digunakan dalam pelbagai produk seperti ubat gigi, gula-gula penyegar dan sebagainya. Malah, mint juga dapat digunakan untuk memutihkan gigi, menghilangkan sakit disebabkan menstruasi atau ditanama sebagai hiasan.

Sejarah

Mint berasal daripada Eropah dan Mediterania. Orang Romawi menggunakan mint di dalam masakan dan menjamu tetamu mereka.

Di negara lain. daun mint digunakan sebagai herba untuk menyembuhkan penyakit seperti insomnia, pedih ulu hati, sakit kepala dan gangguan pencernaan.

 

Sumber:amazine.co & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen