Kali ini kami akan kongsikan pula resepi membuat Kek Coklat Mint. Jika anda tidak sukakan rasa mint, anda boleh sahaja menggantikannya dengan pes pandan dan masih kekal berwarna hijau.

Apa bahan yang diperlukan dan bagaimana cara membuatnya? Jom lihat ini.

Bahan yang diperlukan: 

  • 200gm tepung kek naik sendiri
  • 230gm mentega
  • 220gm gula kastor
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50gm susu pekat

Bahan A

  • 1 sudu makan penuh serbuk koko
  • 2 sudu makan pes coklat

Bahan B

  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • Setitik esen pepermint

Cara membuatnya: 

  1. Kacau tepung bersama mentega sehingga rata. Ketepikan.
  2. Dalam bekas berasingan, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  3. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
  4. Masukkan susu pekat dan gaulkan rata.
  5. Bahagikan kepada dua adunan, satu adunan dicampurkan dengan bahan A dan satu adunan lagi dicampurkan dengan bahan B.
  6. Lapikkan kertas minyak pada loyang bulat dan tuangkan 2 sudu makan lapisan hijau.
  7. Tompokkan dengan 2 sudu makan lapisan coklat dan ulangi proses ini sehingga habis adunan.
  8. Bakar pada suhu 180˚C sehingga masak.

Selamat mencuba!

 

Sumber: rasa.my & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen