Siapa yang tidak suka apabila menerima jambangan bunga, bukan? Bunga bukan sahaja mencetuskan rasa bahagia, malah bunga juga terbukti memberi sentimen positif dan mempunyai auranya tersendiri terhadap emosi wanita. Apa yang lebih menarik mengenai bunga adalah, warnanya yang pelbagai mampu mempengaruhi keadaan spiritual dan kesihatan psikologi.

Dengan hanya melihat sekuntum bunga dengan warna tertentu, spektrum warna yang diterima otak akan menghantar isyarat ke sistem saraf dan menghasilkan kesan tertentu terhadap fikiran dan jiwa manusia.

1. BUNGA MERAH 

Spektrum warna merah bagi pelbagai jenis bunga adalah cukup luas. Bermula dari warna merah ke merah bata, ke merah darah hinggalah ke merah tua. Warna merah melambangkan kecantikan, dinamik, kelainan, provokatif, keberanian, semangat dan inspirasi. Kata pakar terapi, warna merah memberikan intusi positif untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pada diri individu.

2. BUNGA MERAH MUDA 

Warna ini mempunyai persamaan dengan warna merah tetapi spektrum warnanya lebih muda, segar dan hangat. Penampilan yang lebih feminin dan suasana romantis akan tercetus dengan warna merah jambu ini. Malah, warna merah muda juga mempengaruhi keseimbangan emosional dan mencetuskan perasaan yang lebih sensitif.

3. BUNGA PUTIH 

Warna putih sinonim dengan kebersihan, kesempurnaan, kesucian dan ringkas. dari perspektif psikologi, warna putih mampu meredupkan perasaan kerana mengetengahkan elemen kesopanan, kemurnian, kelembutan dan kesederhanaan.

4. BUNGA BIRU 

Warna biru melambangkan kedamaian, kejernihan hati dan persamaan. Menurut perspektif terapi, warna ini dikatakan berupaya memberi ketenangan dalam fikiran dan jiwa serta boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

5. BUNGA UNGU 

Warna ungu dipercayai dapat membantu proses meditasi atau memberikan ketenangan untuk mengembalikan kondisi kesihatan bagi penghidap darah tinggi. Malah, pakar terapi juga menggunakan bunga warna ungu sebagai terapi kepada penyakit insomnia.

6. BUNGA JINGGA 

Warna jingga dapat menyuntik inspirasi dan refleksi untuk kembali bersama teman, mengimbau kenangan yang indah dan dapat mencetuskan senyuman. Pendekatan bunga jingga dapat memberikan kepercayaan pada diri, kepuasan dan keinginan untuk terus hidup.

7. BUNGA KUNING 

Kaitan warna kuning dengan emas dianggap sebagai simbol kemurninan, kejernihan dan kepintaran. Ada pendapat mengatakan menulis di papan berwarna kuning boleh meningkatkan daya ingatan. Hadiah bunga berwarna kuning merujuk simbol menghargai dan kejujuran.

 

Sumber: intrend.com.my & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen