Jika anda merupakan peminat kepada pemanis mulut, mesti anda pernah dengar nama macarons bukan? Macarons merupakan pemanis mulut yang berwarna-warni dan mempunyai pelbagai jenis isian krim.

Ini merupakan fakta mengenai Macarons.

1. Berasal dari Itali 

 

Macaron dikenal sebagai pencuci mulut yang berasal dari Perancis. Akan tetapi, sejarah mengatakan bahawa Macaron pada awalnya berasal dari Itali dan kemudiannya dipopularkan oleh negara Perancis. Macaron mula diperbuat pada tahun 1533 oleh para monk Itali dan kemudiannya pencuci mulut ini diperkenalkan oleh Chef Catherine de Medici. Dari sinilah macaron dikenali sebagai pencuci mulut dari Perancis.

2. Tidak Memiliki Isi Dan Tidak Berwarna 

Macaron menarik dengan warnanya dan filling smooth ganache yang menyelerakan. Tetapi, pada awal pengeluarannya, macaron hanya sebuah pencuci mulut yang polos yang diperbuat daripada kacang almond, telur putih dan gula. Menurut sejarah, perkataan macaron itu berasal dari perkataan Bahasa Itali ‘Maccarone’ yang membawa maksud ‘paste‘.

3. Transformasi di Abad ke 20

Macaron kemudian mengalami perubahan pada abad ke-20. Bentuk macaron sudah dimodifikasi seiring dengan waktu dan zaman. Macaron mula diberikan isi dan dibentuk seperti sebuah sandwich. Idea dari Pierre Desfontaines inilah yang merubah bentuk macaron pada hari ini.

4. Sebutan ‘Macaron’ sebenar adalah ‘Ma-Ka-Ron’

Siapa yang menyebut perkataan ‘Macaron’ dengan sebutan ‘Mah-Ka-Run’. Sebenarnya cara sebutan yang betul adalah ‘Ma-Ka-Ron’. Meskipun sebutan sebenar tidak begitu diperkatakan, sebutan ‘macaroon’ juga kini diterima oleh masyarakat di seluruh dunia.

5. Hari Nasional Di New York 

Masyarakat Amerika terutamanya penduduk di New York memiliki keinginan yang tinggi terhadap makanan. Salah satu makanan yang paling popular adalah Macaron. Seiring dengan populariti macaron, ia mempunyai hari nasionalnya sendiri! Khabarnya pada hari tersebut, semua kedai kek dan biskut di New York akan memberikan Macaron secara percuma kepada sesiapa yang datang ke kedai mereka.

 

Sumber: blog.elevenia.co.id & Google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen